SALAM BUAT SEMUA


Huwah3.......... Ayo ma, Ayo pa... Semalam orang kata hari IBU, tapi aku ibu yang tak berapa bernasib baik. Tergoling2 di katil je. Kene cirit birit. Entah berapa kali aku menziarahi tandas. Rasanya dah habis segala isi perut keluar..... Tak berani pergi klinik. Sebab tak sampai beberapa saat dah nak ke tandas semula. Makan obat homepathy je lah dulu... Tak tahulah apa puncanya. Sabtu itu hanya makan di Hotel 'XXXXX' & rumah 'XXXXX'. Sama dengan suami. Tapi dia tak kena pulak!. Susah hati kot! yang menyebabkan asid banyak terhasil dalam perut!.....

Bila dah sakit perut, selera makan pun hilang langsung. Pesan kat suami beli air 100plus. Setelah lama dia keluar, balik dia tak beli. Lupa!. Apa lagi.. meraunglah bininya ni... rasa macam orang tak sayang je... (dah memang spesis bininya macam ni, manja, ciwek & apa2 aje lah....)

Hari ni, pagi2 dapat mesej daripada sahabat baik, Cikgu Wazir...Makan ubat ye, rehat yang cukup. Banyak minum air. (Terima kasih Wak!). Tengah hari, suami bawa ke klinik (dia ambil cuti, sebab selain saya, 2 orang anak kecil kami demam). Di klinik... dengar lah macam2 nasihat doktor. Minum air OCR (air garam yang tak sedap tu) @ 100plus@ barli. Makan... bubur je... tapi kalau malas @ tak larat, masak bubur nasi maggi je... (yang saya ikut air 100 plus & bubur nasi maggi tu... okey juga rasanya). Balik klinik, ku gagahkan masak makan tengahari (dah tak larat terbaring je... nak banyak bergerak biar keluar peluh!). Lepas makan bubur, rase segar sikit sekarang.....dan apa lagi ngadap blog lah....terharunya ada mesej daripada sahabat baik, Kak Lah... dapat juga dia cari blog saya & Che Ana, (tapi kata2 semoga bahagia di SKI... agak menakutkan!... Entahlah...rasa kebahagian itu semakin lari dari ku).

Semalam memang melepeeek je lah. Tak daya nak buat apa2. Geram sungguh!. Nampak laptop tapi tak daya nak gapai. Nak angkat tangan pun tak larat...nasib baik pagi2 sebelum nazak sempat pos Video klip untuk Ana sempena hari Ibu. Dan sempat jugalah baca ucapan Hari Ibu secara 'on line' je tu... Terima kasih atas ingatan kalian...

Ingin ku tuliskan di sini beberapa ucapan Hari Ibu yang diterima....

  1. SELAMAT HARI IBU!!! (Drpd Farydzul. Orang pertama beri ucapan. Tq. Ibu kamu mesti bangga melahirkan anak sebaik kamu!)
  2. A women has strengths that amaze men. She can handle trouble and carry heavy burdens. She holds happiness, love, and opinions. She smiles when she feels like screaming. She sings when she feels like crying, cries when she's happy and laughs when she's afraid. Her love is unconditional!. There's only one thing wrong with her, she sometimes forget what she is worth...Happy Mothers day. May Allah bless U (Drpd Kekandaku Azizah = Sahabatku Roszana.May Allah bless U)
  3. Putus tali mutiara berderai
    Ambilkan benang jadikan ikatan
    Jasa Ibu tidak ternilai
    Setinggi Gunung, Seluas Lautan (Drpd Jaimah ...SELAMAT HARI IBU... untuk kita ibu2)
  4. Walau langkah tak bertemu, Tangan Tak Berjabat. Ucapan Tak Terdengar, Mata Tak Bertatap...Tapi Izinkan Hati mengucap.. Selamat Hari Ibu Semoga Dipanjangkan Umur & Dimurahkan Rezeki... (Drpd Kawan lama di SMKTIS ... Norashikin Hamzah)
  5. It's normal when u're in 20s. u'll very 'MENGANCAM', when u're @ 30s, u begin 'BERMACAM-MACAM', When u turn 40s-50s, u'll fell 'TERANCAM' and sadly. When u reach above 60s, orang langsung tak boleh 'CAM'!!. HAPPY MOTHER'S DAY ... bahasa SMS.. (belasah kang Razak ni...........)
  6. Selamat Hari Ibu (Drpd Cikgu Wazir... Ringkas & secara online kat blog je..)
  7. Selamat Hari Ibu. Semoga Sihat Selalu. Terima kasih kerana menjadi ibu kiteorang di sekolah. (Iklas drpd Raisyah 3RK)
  8. Selamat Hari Ibu drpd Izzuddin 3RK,

Selamat Hari Ibu untuk Ibu2... Terima kasih sahabat ku atas ingatan. Maaf tak dapat membalas....

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dengan orang lain.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Dia menjadi tempat berkongsi harapan dan impian
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Tetapi aku tidak mahu menjadi sahabat yang hanya aku yang terlalu asyik bercerita tentang diri ku, tentang masalahku, tentang harapanku
Aku tidak mahu menjadi sahabat yang hanya dia sahaja yang memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Aku tidak mahu menjadi sahabat yang hanya dia sahaja yang menenangkanku.
Sebaliknya…..
Aku ingin menjadi sahabat tempat berkongsi cerita, memberi peluang untuknya menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya
Aku ingin menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan ku
Aku ingin menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali aku rasa kecewa dan menyerah kalah
Aku ingin menjadi sahabat yang boleh dipercayai, boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila dia terasa lemah, bila dia rasa nak rebah….

Jadikanlah Aku sahabat mu….
Aku selalu melihat kau ketawa, tetapi mungkin kau sebenarnya tidak setabah yang orang sangkakan.
Di sebalik senyumanmu mungkin banyak cerita sedih yang kau sembunyikan..
Di sebalik kesenanganmu mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Aku tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat, kita cuba mencari erti persahabatan, jika kita cuba berlaku adil dalam persahabatan mungkin kita akan tahu….. Indahnya Persahabatan

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG