SAMBUT BATTON

Hari ini tekad nak datang awal ke sekolah. Bukan apa, ada hutang kerja. Semak buku latihan yang patut diselesaikan minggu lepas lagi. Sorry boss. Cita2 nak awal, tapi taklah awal pun... Kebanyakan guru yang berselisih, tanya khabar, sihat?. Anguk je lah... Tapi teguran Cikgu Aryanti 'hai ceria hari ni'.......macam tak percaya pula kita ni sakit semalam.... Tercari2 juga bayangan Cikgu Wazir. Harap2 tiori kami tak betul. Kami kembar 3. Selalu pass batton. Lepas sorang,esoknya sorang lagi, esoknya sorang lagi. Tak pernah berpakat. Tapi penyakit dah nak datang. Kembar katakan! Baru perasan ada mesej. Cikgu Wazir, dia MC. Tak pelah. Nak ulang pesanan dia kat saya semalam..... Rehat ye, makan ubat & banyak minum air. Semoga cepat semboh Wazir....Buat Yan...jaga kesihatan, pastikan esok, kembar 3 ni ada kat sekolah!
Masuk bilik guru, lihat atas meja ada kad 'Happy Mother's Day' dari Farahin Mohd Isa 3C... to Ibu Mazidah. Berselisih dengannya bersama dengan pelajar2 lain, mereka tanya 'kenapa tak datang semalam'?. Sayang juga diaorang kat aku. Padahal akulah guru paling baran sekali. (perasan dalam hati le). Farahin bertanya boleh ke panggil ibu? Aduh duh2 aku mana biasa dengan panggilan tu (Macam ibu Indonesia pula). Jawapannya... bolehlah, 'tapi kalau ibu... dia boleh belasah anaknya sesuka hati tau!. Tertarik dengan kata pada kad tu...Assalamualaikum, Happy Mother's Day!! (cakap orang puteh tu....) Semoga panjang umur!! Senyum2 selalu!! Jangan marah2. Saya sayang cikgu!!. Saya dah anggap cikgu macam mak saya. Boleh ke? (kad depan tulis ibu, dalam kad tulis mak... sapa lah cikgu BMnya tu). P/s.. Sorry simple gler!! coz wat dkat skolah, lagi pun saya x nak wat gune computer. Nanti cikgu jele2 plak! ha ha..( cikgunya kan terror computer...) Walau bagaimana pun kredit untuk cikgu seninya.. Saya juga yang dapat kadnya... (Siapa lah cikgu seninya .... Aryanti juga!).

Mengajar kelas 3F dimulakan dengan baik. Mereka membuat kerja rumah yang diberikan. Tapi bila saya tanya soalan 'Kawasan yang paling kering di Malaysia', kelas terus senyap. 2 - 3 kali soal pun tak menjawab. Mula lah ...... nak naik angin. Mana yang menyelak2 nota, sejuk juga hati... ada juga usaha. Tapi ada yang termenung je... lagi lah naik angin... terus soal murid tu.... dia pun jawab dengan betul. Dah jawab betul, saya semakin naik angin..... Tanya sorang lagi yang termenong.... betul juga jawapannya. Lagi... lagi.... lagi... naik angin saya dibuatnya. Sebabnya ....dah dia tahu jawapan, jawab je lah kenapa nak biar saya terus naik angin.... betul2lah mengabihkan bores aje... buang tenaga je marah2. (Cikgunya pun satu hal... garang sangat. Murid nak jawab pun takut... agaknyelah!).

Lepas tu masuk 3E. Buka buku modul untuk bincang soalan selepas saya buat ulangkaji/penerangan ringkas minggu lepas. Tengok sorang, tak buat. tengok sorang lagi tak buat juga. Tanya 1 kelas, sorang pun tak buat. Aduh3, tak larat nak marah dah. Cakap kat diorang 'macam mana lagilah saya nak tolong awak, kalau awak tak nak tolong diri awak'...... & sempat merungut... ' rasa malasnya nak ngajar awak ni'... ada yang menjawab tu ' cikgu malas, cikgu tidorlah cikgu' (budak ni aku belasah kang.... ).... Lepas tu saya cakap 'saya tukar cikgu nak (cikgu jadual waktu... blehlah ugut)....awak nak cikgu siapa ajar awak geografi?... dia orang jawab ramai2...'Cikgu Mazidah!'. Aduh3 pening3 kepala dibuatnya. Habis 4 masa mengajar, maraton tanpa henti.... terasa penatnya!

Makan hari ni, ditaja oleh Cikgu Aryanti. Nasi & sampal tumis udang besar (lebih malam tadi)... Boleh lah. Tak larat nak ke kantin. Lagi pun kawan 'Se kantin' tak datang...Letih juga nanti nak menjawab banyak pertanyaan .... dari murid2, dari guru2 hingga ke makcik kantin... Mana Cikgu Wazir?. Kami kan kembar....,

Selepas makan, panggilan.... ke Mesyuarat Pengurusan pula....Pertanyaan biasa (dalam hati je)......pukul berapa agak2nya habis.....mesyuarat... mesyuarat... mesyuarat... yahoo! Pukul 1.40 petang habis. Masing2, KB masuk bilik guru dengan wajah ceria (Tak tension sangat hari ni...) Semasa mesyuarat tadi, suami telefon, tanya khabar... maklumlah isterinya kan tak sihat....Saya jawab. 'Mama kene pergi sekolah... baru sihat! ( Ce wah semangat patriotik gitu!). Pukul 2.30 Jamuan tengahari sempena Program Nilai Murni...Sungguh menyelerakan (lapar katakan...) Terima kasih Cikgu Pathma.

Petang ni buka blog ... dapat mesej dari suami....(tu yang tak boleh tulis sebarangan kat blog ni, suami baca... kang pecah tembelang! Jangan marah bang!).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH