SAYANG U ALL

Siang tadi sepanjang hari mengurung diri & bersenang lenang di atas katil je. Dengan anak2, guna 'intercom' je. Maksudnya, klu diaorang nak apa2, nak minta izin ke, diaorang ketuk pintu & cakap dari luar je. Mamanya pula bagi jawapan dari dalam. Alhamdullillah, anak2 tak banyak kerenah. Nak buat apa pun, biasanya diaorang minta izin dulu. Abahnya, 7.00 pagi lagi dah keluar cari ilmu fotografi kerjasama kerajaan Negeri Selangor. Anak2 di asrama pun tak balik. Isnin ni diorang periksa. Semoga mereka laluinya dengan kejayaan. Makan tengahari kami yang tinggal di rumah ni, ditaja oleh Ustazah Noriati, dihantar khas oleh Cikgu Karim dari No.22 SKI. Terima Kasih, Ati & Wazir sekeluarga!. Sayang U All.

Blog pun, saya tak jenguk sangat, hanya post video klip 'Lilin Seorang Guru' kenangan bersama Hang Jebat & permaisurinya, Tun Teja & Dang Anum. Saja suka2. Kami kan Guru!. Tapi frust, kali ni video klip yang di pos sangkut2. Tak tahu kenapa. Sorry ye, klu menyusahkan 'pemerhati'.

Malam dapat panggilan mak di kampung, minta suami tolong tengokkan lampu dapur. Mereka bergelap. Balik le jap. Sempat kutip buah jambu susu dan pos ke rumah Cikgu Wazir sambil menjenguk pasangan ni yang kurang sihat. Sian, hingga bertampal koyok. Semuga cepat sembuh ye....

Pukul 12.00 malam baru buka komputer. Suami minta tolong siapkan kerja rumah (kursus dia), edit gambar2 yang dia ambil. Dah orang beri kepercayaan, kira bolehlah..... Sambil tu, jengah2 blog. Kot2 ada mesej daripada kawan2. Biasalah hari ni kan hari guru......Terima kasih atas segala pemberian, perhatian & ingatan. Sayang U All.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH