MELAKA OH MELAKA.... KAMI SESAT LAGI
Selesai urusan parking, menapaklah kami dari satu bangunan ke satu bangunan lama.
Jurugambar2 sempat bergaya di Kota A Farmosa

Dan diteruskan ke pertandingan mengira anak tangga ke Bukit St Paul. Yang ini, sudah pasti Ammar yang menang. Ade ke dia tanya kami yang 'evergreen ni' soalan 'kenapa lambat?' (Maksudnya dia dah lama sampai, tapi kami tak sampai2)
Shopping sebanyaknya!
Melepak di Padang Pahlawan.
Lepas tu.... Ini yang mengharu birukan. Macam biasa saya masih di depan dan terus di depan.. tapi 2 kereta di belakang tak patuh arahan. Diaorang menyimpang ikut gerak hati. Terpusing2 & tersangkut pulak dalam jam. Pening2..... Sebelum bertolak siang tadi, si Saleh dah pakaikan reben kat antena kereta. Biar dapat follow. Sebab fakta daripada cikgu Wazir, yang menyebabkan kami terpisah semalam, kerana 'orang Melaka banyak guna MYVI jadi nampak sama je', Tapi... tiori bereben tu siang boleh lah... malam, apa yang nampak. Sesat & terpisah lagi kami...
Kul 11.30 baru kami tiba di rumah penginapan (Rumah Pak Mertua la). Terlepas tengok AIM.. Kul 12.00 malam rumah dah sunyi. Masing2 kepenatan & nak rehat, sebab esok mereka nak sambung mandi laut & main bola pantai.....
Apa2 pun, hari ni tetap menyeronokkan. Syukur kami sentiasa dalam perlindunganNya. Terima kasih kepada pengasuh2 Ammar (Wak, Ati, Montel, Saleh, Daus & Karim).... yang sentiasa memimpin tangan Ammar, memahami apa yang Ammar katakan dan melayani apa yang Ammar inginkan. Saleh, pengasuh yang pandai dodoikan Ammar (dia nak tido sekali), Cikgu Wazir, tahniah dah pandai dokong baby (baby besarlah). 2 hari ni Ammar memang nampak sangat gembira & 'mood'nya baik je. Tahniah! kalian hebat!. Jangan jemu & teruskan khidmat bakti anda ye....
Ulasan
Catat Ulasan