SUDAH TUKAR KA?

Pagi2 dicari Puan Salamah. Suruh saya lengkapkan juga borang naik DG48 tu. Saya sebonarnya dah 'giveup' kerana puas dah mencari merata keputusan PTK saya yang ala.... III, IV tu ...tapi tak jumpa... tak de makna lah isi borang tu. Jadi ..... buat dek je dengan borang tu... rupanya aduan dibuat kepada boss besar. Apalagi kena panggillah saya... diberinya no telefon dan alamat 'Bahagian Pembangunan Penilaian Kompentasi' untuk dapatkan slip ganti. Dia suruh urus hari ni juga!

Tengok kesungguhan Salamah dan boss no.1....barulah saya bergerak. Mula2 naik puncak bilik seni... jengok broadband saya yang macam dah beralih tuan tu.... Cikgu Wazir 'searchkan' nama orang untuk dihubungi. Terharunya.... panggilan saya dilayan dengan terlalu baik oleh orang PTK yang bertugas. Sangat2 membantu.... Saya yang seronok...tanpa dengar teliti terus bertindak. Minta izin keluar jam tu juga...dengan perasaan yang takut... tapi buat2 berani. Tak pernah tempuh Putrajaya seorang diri...

Dalam perjalanan .... saya dah bayangkan...lampu jalan yang cantik, jalan yang susah nak buat 'u-turn', dan parking yang susahhhhhhh. Tapi lepas usaha dengan 'berani' jumpa juga Blok E Komplek Kerajaan . Terus hubungi Bahagian Penilaian Kompetensi tu...'Puan... kami bukan diPutrajaya tapi di Cyberjaya', jawabnya......Aduhhhhhhh. 'Sudah Tukar ka!.... Ayooooo

Patah balik ke Cyberjaya......... setelah 2...3 kali pusing, jumpalah bangunan di alamatkan. 'Puan...kami perlukan salinan ic yang disahkan, surat permohonan dan wang pos RM20'. Ha!.... memanglah tadi, macam ada dengar je bahan2 yang perlukan... tapi saya hanya bawa MO RM20 tu je.... Carilah kedai untuk photostat ic dan karanglah surat........ Sekali... tahniah kepada staf di 'PTK' tu..... mudahkan urusan....

Pukul 4.30 petang baru dapat tiba di sekolah.......

Moralnya.....bawa kereta laju2 baru cepat sampai. Tak yah isi borang.... naikkan terus 'gred' dan kene rajin jalan2/ makan angin biar tak sesat....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG