TANGGUNG JAWAB KU

Sebelum melangkah kaki ke sekolah, minta restu dengan suami, dengan kata2 ' bang doakan mama tenang. Hari ni mama rasa emosi tak stabil je'. Sepanjang memandu ke sekolah, berdoa je, agar hari ini dapat dilalui dengan tenang dan yang paling nak dielak ialah menyakiti hati insan lain.

Mulakan kelas dengan 3K. Alhamdullillah anak2 memberi respon yang baik. Walau pun mungkin tak banyak, harap pembelajaran hari ini dapat diterima oleh mereka. Kelas berikutnya 3RK. Selepas induksi set, mengulangkaji tajuk tingkatan 1. Bolehlah bekalkan kerja rumah yang banyak kat diaorang. Peksa pertengahan tahun mula 20 Mei ini. Dah dekat tu.... Hu penatnya .... Maraton 4 masa bercakap terus menerus tanpa henti. Saje....nak kontrol keadaan. Bila beri input je, tak banyak masalah timbul....... Bukan ape, takut sendiri naik angin.

Rehat, macam biasa. Menerima jemputan makan pagi oleh Cikgu Wazir & Cikgu Karim (tapi bayar sendiri le). Lega sikit dapat berbual, bercerita. Kurang sikit perasaan yang mula rasa terbeban dengan tugasan2 guru.

Selepas makan, dapat panggilan daripada suami. Bertanya khabar & keadaan hari ni. Ye lah, pagi tadi, siap suruh dia doa agar isterinya ini diberi ketenangan. Sejuk hati kerana sikap ambil beratnya, sikap penyayangnya. Kurang sikit rasa bebanan perasaan. Rasa kembali bertenaga.

Masuk relief , disambut riang oleh penghuni kelas 5P2. Mereka bekas anak2 murid saya semasa di tingkatan 3. Ucapan 'Assalamualaikum Puan Mazidah'.... dan mengajak saya berbual buat saya rasa bermakna kerana rasa mereka masih tidak lupakan saya.

Kelas 3G kelas terakhir saya hari ni. Saya minta cikgu Aryanti mulakan kelas (Terpaksa minta tolong Yan, sebab Wazir tak nak bantu...... ye ke?). Maklumlah pelajaran Seni. Tahu pun kene buat2 tak tahu. Sebab nak curi ilmu seni dari orang yang sangat Arif. (Tahun ni je, tahun depan akak dah cerdik! .... tak tahulah mengajar lagi ke tak!). Terima kasih Yan. Walau pun penat, Yan tetap tersenyum dalam membantu. Sebelum mengakhir kelas, sempat bagi 'doa penerang hati'( ye lah tu...). Ucapan terima kasih saya kepada mereka, 3G, kerana telah cuba buat yang terbaik sehingga karya seni mereka layak untuk dipamerkan di Pameran Seni sempena Minggu Seni minggu lepas. Semoga mereka terus memberikan yang terbaik untuk masa2 akan datang. Pada saya, mereka semua memang anak2 yang baik.....
Pelajar 3G sedang ber'seni'
Hasil kretiviti kelas 3G

Habis kelas, anak2 mentee 3A (Aina, Aiza & Ayuni), Raisya, Syazwani & Shafarena datang bawa oleh2 coklat. Baru balik dari kilang coklat katakan...... Cikgu mengucapkan berbanyak terima kasih & terharu atas ingatan kamu semua. Cikgu rasa bersalah pula, kerana tak memberikan yang terbaik untuk kamu semua. Tapi ada ketikanya cikgu rasa cikgu tak mampu terikat dengan banyak komitmen. Terima lah cikgu seadanya ye.

Sebelum balik sempat berkata pada teman .... 'nak tinggalkan semua keresahan, nak balik & selesaikan semua permasalahan.....', Dalam perjalanan pulang, banyak berfikir.....'kenapa aku jadi seperti ini. Rasa ini bukan diriku je. Dulu aku tak selemah ini. Dulu aku penuh bersemangat. Kak Zah antara orang yang sentiasa ku kagumi dan ingin ku contohi . Walau pun hampir pencen, dia masih bertenaga, masih bersemangat, masih berwawasan. Tapi aku.... malu sendiri aku. Mana pergi semangat ku, mana pergi cita2ku. Macam dah tak teratur je hidup ku. Bercelaru. Setiap hari berazam nak buat sesuatu, tapi setiap hari juga keazamanku lebur!. Semoga Allah, memberiku kesempatan, kekuatan, untuk ku sempurnakan semua tanggungjawabku. Tanggungjawab kepadaNya, tanggungjawab kepada insan'.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH