U-TURN

Nak bagi tau seluruh dunia, Kak La, kawan ku itu, lulus PTK, dapat 4,4 (sekali ambik tu..). Murah betul rezekinya. Ingat lagi...masa dia nak melangkah kaki keluar dari SMKTIS... berbagai2 dugaan menemuinya disebabkan kerenah birokrasi. Sehinggakan dia merajuk, berhenti jadi cikgu sekolah dan bertukar jadi pensyarah. Tahun pertama di Maktab, zon selesalah.... tahun berikutnya... ha tak senang duduk... kejap di Sabah, kejap di Cameron, kejap di Kuantan, kejab di Terengganu, .... ni nak datang K.L pulak... Cuti pun kena ada kelas... he3 mana2 sama je....Semoga terus murah rezeki...

Pagi tadi sebelum saya keluar rumah, dapat panggilan dari suami...'Ma..abang dah kat pejabat. Abang lupa pakai kasut....' He3, tadi saya nampak dia pakai selipar je... tapi tengok je lah....tak terfikir pula nak tegur. Kesian dia, kelam kabut menguruskan si Ammar yang biasalah...pagi2.. angin sikit... sampai lupa kasut sendiri. Tu lah... ada harinya... ia akan bermula dengan 'kekalutan'. Sebelum mengakhiri perbualan kami tadi, saya sempat berpesan...'jangan lupa tulis di blog'...kah3. Nak tau ceritanya kena baca blog dialah......

Hari ni saya ke sekolah MGS, mesyuarat penyelarasan KGT Geografi. Kira saya kena jadi Ketua Pentaksir Sekolah tu..... Banyak keje uuuuu...Semalam nak pergi, sempat tanya Cikgu Norzalina cara nak ke MGS. Simpan dalam memori je tunjuk arah dia tu. Pagi ni redah je lah. Ingat pesan suami. Ala... apa susah. Sesat tanya polis. Tu yang confiden je....Tapi...... tahu pelan nak datang je... nak balik Norzalina tak ajar!...kebetulan, balik pula sekali dengan masa budak2 balik.. so, depan sekolah tu sesak lah. Apa lagi... menyusurlah saya bawa kereta ikut jalan yang boleh jalan lah... kat mana, saya pun tak tahu. Tapi saya nampaklah papan tanda Teluk Pulai, Teluk Gadung, Sungai Udang dll. Terus redah, masuk Highway... rupanya salah lorong. Saya tuju ke Pelabuhan bukan ke bandar Klang... Buat U-turn... huwah3.. terperangkap dalam 'jem'...

Masa 'mengesot2' di bandar Klang tu... mula lah terfikir. 'Ini lah resam manusia. Ada masanya... sama ada sengaja atau tersilap jalan, kita kena masuk juga lorong yang sesak, lorong yang penuh 'seksa'. Masa ni, rasa kesal, rasa marah, rasa tertekan dan rasa sesedap rasa la. Namun... sama ada lambat atau cepat, insyaallah kita akan dapat 'menyelesaikan' jalan kita, kita akan dapat mengharungi kepayahan itu...Bila dah berjaya... kita rasa lega dan baru kita terfikir setiap apa yang berlaku... ada rahmat disebaliknya.... Yang penting! Teruskan jalan yang betul @ buat 'U-turn' & muhasabah diri.....
(Moralnya naik kapal terbang, untuk elak 'jem'..he3)
Lega! 1.40 sampai rumah sama macam masa cikgu2 pagi boleh balik sekolah. Balik perut dah 'beralas'.... apa lagi.. sampai rumah, sambil berehat, sambil tulis blog lah....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG