CUTI SEKOLAH

Walau cuti, tapi bangun pagi macam biasa, macam nak pergi sekolah, sebab sebelum tidor dah set .... kerja2 yang nak dibuat hari ini. Selepas masak sarapan & menu makan tengah hari pakej sekali ke malam........melawat lah ke sekolah. Semak penghantaran KGT Geografi....frust sangat...pelajar tidak memenuhi harapan yang diberi. Rupanya ramai lagi yang tak hantar....nampaknya lepas cuti kena 'balun' budak2 ni....siaplah korang....

Tengah hari bergegas ke Acer Servis centre di Subang Jaya...nak baiki laptop yang 'tak hidup'. Suami syak...ada tertumpah air....(habislah...kalau 'motherboard' rosak... kata orang baik beli baru!).Laptop tu hadiah dari suami yang dibeli melalui pinjaman kompeninya...belum habis bayor pun.... Dan yang paling mengerikan 'data' saya di dalamnya.....huwah3. Tapi pelik bin ajaib...depan staff acer, laptop tu 'nyala' elok je. Test 2 kali buka....pun ok. Apa lagi syukur pada Allah lah...selamat duit & selamat data!. Balik rumah, dengan senang hati bagi si Ammar gunakan. Huwah3... laptop tu pada zahirnya je elok, rupanya...keyboard dia tak le guna....huwah3. Kebetulan 2 komputer lagi pun rosak. Tinggal 1 laptop (mamanya punye) & 1 komputer (Abang Amin / Abahnya punye). Apa lagi anak2 yang lain dok ngendeng mamanya punyelah....mamanya pula sibuk dengan blognya.... terpaksalah diaorang cari PS2 yang dah lama dilupakan. Malang juga...kedua2 controler pula rosak & cd tak 'up to date'. Begitulah malang anak2 IT.

Malam...kenalah bekejar pula ke Klang untuk hantar baiki laptop. Di kedai komputer tu terjumpa anak murid cikgu Wazir 6A3 kawan kelas Cikgu Karim. (Budak yang bulat ....kalau tak silap cindian). Dia kata ' dulu Cikgu Wazir tak bagi pegang komputer dia, sekarang tentu boleh...' (sebab dia kerja baiki komputer). Sebelum beredar dia sempat kirim salam & ingin datang jumpa pada hari Khamis ini sebelum Cikgu kesayangannya berlepas ke Indonesia. (Nak kirim lah tu....he3). Selesai di kedai komputer, kami membeli pula kelengkapan PS2... untuk anak2.

Singgah di Carefour untuk berbelanja barang dapur terutama bekalan / stok makanan untuk anak2 yang akan ditinggalkan selama 5 hari (mama & abahnya melancong). Tapi order makan malam dulu di kedai mamak, 10.15 mlm baru siap makan & Carefour tutup 10.30 mlm...tak dapatlah masuk shopping. Terus tuju ke Tesco...tinggal 1/2 jam je masa untuk shopping. Apa lagi main capai je lah....Ingat nak beli ikan untuk penuhi janji nak buat laksa esok...tapi semua dah disimpan....huwah3

Balik......terus tulis blog...ni tinggal 5 minit lagi nak tukar tarikh jadi esok!...

Ulasan

  1. Salam kak, macam marah bunyinya. Tenang, sudah namanya anak murid lupa memanjang. Inilah namanya pahit. Semoga sukses. Insani

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH