PUSING VS PENING

Yang menyesakkan fikiran sekarang ni...jadual waktu, headcount & menanda KGT Geografi....Hari ni kelas tambahan 3RK & 3F saya gunakan kesempatan membaiki KGT Geografi diaorang. Alhamdullillah...dah 2 kelas sempurna...ringan sikit fikiran. Esok, 2 kelas lagi. Harapannya menjelang pemeriksa luar datang... dapat kumpulkan & tanda semua KGT tu. Dan harap2 kerungsingan tak ikut saya ke Bandung nanti....

Rupanya banyak juga nak difikirkan bila nak terbang jauh ni. Nak kena pastikan anak2 yang ditinggalkan cukup makan. Rasanya dah shopping stok anak dah banyak hari dah...tapi sebelum mama & abahnya pergi...dah diperabiskan anak2. Sebentar tadi...tambah lagi stok. Lepas ni nak prepared menu anak2 untuk 5 hari pula. Pening juga lah nak pergi ni...takut tertinggal benda penting terutama wang rupiah, pasport, tiket & ubat semput!. Malam esok nak cari ubat homeopathy untuk mabuk & ketahanan fizikal...jangan mabuk shopping dah lah, maklumlah 'jutawan' katakan...(jutawan rupiah!). Kepada anak2 murid, doakan cikgu selamat ye boleh kita jumpal lagi nanti....


Bilik Penginapan
Para perwakilan sedang berunding


Petang tadi baru je pusing & pening di Putrajaya. Pergi bersama Ustazah Salimah, Ustazah Noriati, Cikgu Wazir, Farydzul & Saleh mencari Teratak Hijaz untuk Perkampungan Ilmu 3 & 5 KRK. . Masa pergi ok...berjalan lancar. Masa balik ....tawaf 1 pusingan Putrajaya! Kira dari Utara ke Selatan & Timur & Barat. Rasanya baru je minggu lepas saya memandu sendirian ke tempat sama. betul je jalan balik. Tapi bila dan 2 kereta X 3 penumpang....sesat pula. Ujian3...Nampaknya kena selalu ke Putrajaya kot, baru tak sesat!. Besor rupanya Putrajaya tu ye....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH