SURAM

Hari ini rasa suram je. Emosi kembali menjadi tak berapa stabil. Serba tak kena. Hajat nak ke sekolah menyiapkan kerja2 yang melambak pun tak kesampaian. Panggilan telefon & sms pun saya biarkan sepi je..... Masak pun tak. (Bukan apa, klu masak dengan muka tak ceria....biasanya tak sedap!). Jadi...cari 'tukang masak' untuk sediakan menu sarapan pagi + makan tengah hari + makan malam. Pukul 12.00 bersiap untuk tunaikan janji dengan Salimah untuk ke Putrajaya...tapi tangguh ke esok pula. So... start engin dan memandu ke bandar Klang diikuti Shah Alam. Tak de apa pun yang dibeli....Entahlah....

Malam...teruskan membuat persedian untuk ke Jakarta /bandung. Mula2 ke Pengurup wang di Klang Parade, nak tukar suka sama suka antara RM dengan Rupiah. Tak lupa, tolong belikan SD card untuk kamera Cikgu Razak. (Untuk pengambaran di Indonesia lah tu....)


Lepas tu singgah Tesco...cari lauk untuk anak2 yang ditinggalkan, pakej untuk 5 hari. Semua akan disediakan dalam bentuk dingin beku!.
Esok! eeeeee malasnya nak ke sekolah. Tapi panggilan kelas tambahan kena lah sempurnakan. Harap esok ceria akan menjelma!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH