BERKUBANG DALAM LUMPUR

Sampai di Teratak Hijaz... kepala sedikit pusing. Sebab perjalanan yang 'pusing2'. Setelah santapan lewat tengahari, tolong siapkan bahan2 untuk program esok & tolong Ustazah Salimah berhadapan dengan masalahnya. Ok. Selesai. Hasrat kat sini memang nak rehatkan minda....

Petang.... saksikan anak2 murid & cikgunya berkubang dalam lumpur. Rasa2nya masa pertama kali sampai kat sini dulu... kolam tu banyak ikan. Tapi masa diaorang nak turun kolam... ikan macam tak de je. Mesti ikat tu parking kat tepi2... bagi laluan kat depa2 dari SKI tu...Agaknya, ikan2 tu takut banyak sangat kena buat 'emergency break' kerana 'pemanduan' 'kanak' SKI yang tentunya 'tak tentu' hala tu.... Maklumlah belum pandai kawal stearing.














Antara Rekod Yang Tercipta...


Izzat ... yang mengaku lelaki paling kurang inci.... menjadi perserta pertama tiba barisan hadapan.(Sebenarnya.... kecundang... terbenam dalam lumpur!)









Jo... pada saya paling gagah. Walau sedang memperjudikan nasibnya dengan hanya berpaut pada tali.... sempat melaungkan.... 'Cikgu Masuk Blog!'. Ok saya tunaikan!








Salleh... pada firasat saya... dia mesti antara orang yang terkedepan. Ala dia kan budak kampung. Berkubang tentu jadi mainannya... La! saya silap. Rupanya dia sangat sopan santun di air. Ala.... control macho la tu. Sebab gambarnya nak masuk blog...





Pengurus perhimpunan.... 'abang syafiq'... kecundang akhirnya








Ini dia... C'fu!. Buat2 berani depan anak murid. Tapi.. rasa2nya juru latih tu tahu kelemahan dia. Sebab tu... dia diberi tusyen khas secara individu. Kawaalan rapi. Takut.... pelampung 'semulajadi' & pelambung oren masih tak memadai nak menampung. Dia kata dia.. berjaya sehingga ke 'tali'an akhirnya. Tapi saya tak de bukti... sebab tak de gambar!... he3










p/s yang berjaya menamatkan 'tali'an akhir.... tahniah.! Yang ter'junam'.... tak pe. Anda juga hebat!. Bukan setakat mandi peluh.... anda juga merasa mandi lumpurrrrr!.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH