BERMULA EPISOD....

Bawa Amir, Amirul & Ammar tengok Tranformer. Nampak mereka tak lah suka sangat cerita tu. Aksi yang terlalu agrasif & serabut bagi anak2 berjiwa lembut macam mereka. Mereka sukar faham jalan cerita. Ammar tertidur dalam panggung & tanya abah.... bila nak abis?. Tak pe lah yang penting mereka seronok dapat keluar sama2 abah & mamanya.

Hari ni bermulalah episod keluarga kami tanpa pembantu rumah. Banyak yang kena adjust. Tapi, baik juga lah...... kami dapat ruang privasi kami & saya pun lebih beri tumpuan kepada keluarga. Sekarang, nak ke mana2 pun, kena pastikan kat rumah dah beres dulu. Alhamdullillah, suami dan anak2 pun dah ready. Selama ini anak2 hanya nampak, pakaian mereka diurus oleh pembantu rumah. Jadi bila pembantu tak ada, mereka tahu, mereka lah kena buat sendiri. Alhamdulliah, mereka boleh buat, walau pun lambat.....

Memang banyak cerita, tentang pembantu rumah ni. Bukan semuanya indah. Banyak juga makan hati. Tapi, alhamdullillah, kami sekeluarga tidak rasa tertekan walaupun banyak yang tidak puas hati. Suami kata.... 'dah la ma... urusan dunia kita dengan dia (pembatu rumah) dah selesai. Jangan disebut2lah mana yang tak elok. Biarlah...'. Hanya yang kami syukur sangat.... anak2 kami tidak dianiaya, sebagai mana cerita2 buruk yang berlaku pada orang lain... itu dah memadai bagi kami.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH