DENGAR KATA GURU

Anakku Ammar kini di sekolah Tadika Hira Baru Belah. Setelah 6 bulan sekolah, banyak lah doa, niat atau ayat2 Al Quran yang telah dihafal. Di rumah memang membuat hafalan menjadi lagunya. Dengan nada yang agak pilat... kadang2 saya pun tidak faham apa yang disebutnya... Tak kesahlah.. bagi dia ruang dan peluang untuk rasa keseronokan sebagai kanak2.

Peliknya dia suka hafazan ayat2 dalam Al-quran tapi bacaan rumi jarang didengar. Bimbang dia ketinggalan... mama dan abahnya pun suruh dia belajar di rumah. Apa jawapan dia... 'Belajar kat sekolah aje lah'. Itu ayat dia awal2 persekolahan dulu. Kelmarin, bila diajukan semula persoalan yang sama... 'Ammar belajar dengan Abah ye'.... dia jawab 'mualimah ( panggilan untuk cikgunya) tak cakap pun, kena belajar di rumah'. Terdiam kami berdua... lurus bendul anak kami ni. Dia dengar betul kata gurunya. Cikgu tak cakap ... maknanya 'jangan buat'. Macam mana tu?.

Nampak gaya... kena jumpa gurunya, supaya bina ayat ' Ammar, nanti belajar di rumah dengan Abah'. Barulah dia nak belajar kot!. Memang, budak2 sekarang... lebih mendengar kata gurunya dari ibu bapanya sendiri. ( Masa kecik2 le... dah besar... belum tentu).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH