HARI TENANG....

Semalam rasa ketenangan . Lepas jumpa JU Headcount di SK Valambrossa, terus jemput anak2 sekolah rendah. Petang jemput anak2 sekolah menengah di asrama mereka. Dalam perjalanan balik, singgah Pizza Hut. Rasa nak jamu anak2. Kak Mira kata sempena hari jadi Amir . Seronok dapat berkumpul bersama semua anak.

Malam , keluar berdua-duaan bersama2 suami.. Menikmati hari2 kami tanpa pembantu rumah nanti. (lepas ni susahlah nak keluar berdua). Sambil mencari barang2 keinginan pembantu rumah tu. Hari2 ada je kiriman. Antara barang yang dia bawa balik... serbuk kari & serbuk asam (untuk jambu batu). Sebelum ni dia dah beli jajan penuh satu troli. Sehinggakan adik kasier tu tanya pada dia... 'akak nak buat jamuan ke'. Itu budget dia untuk 30 orang. Dahsyatnya dia paking dalam bag kecil yang cantik ( bag cendera hati kenduri kahwin tu...) Educated tu,.. bibik saya. Untung orang kampung yang berjiran dengannya...

Menjelang 11 malam tiba di rumah, lapangkan masa menonton TV bersama anak2 sehingga lewat malam. Masa2 seperti ini jarang saya berikan sebelum ini. Rasa2 Ahad ni nak bawa anak2 tengok wayang Tranformer kat panggung. Kalau tak sempat... tak pe. Abang Amin dah down load .

Tenangnya & indahnya malam ini kerana dapat bersama2 sekeluarga. Anak2 menceriakan suasana dan tambah tenang .... malam ni tak nak ngadap komputer untuk buat kerja sekolah. Tapi.. bila time2 nak tidor ni.... buka juga komputer sebab nak jenguk2 blog....& sempat menulis tu........

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG