JANGAN KATA IA SEKADAR TULISAN

Ohhh... arini agak bagus. Bukan peeee... balik tadi dapat tidor lena dalam bilik aircond ku..... Bila ditanya, Amili lum tidor siang lagi.... saya pun apa lagi... rela temankan dia tidor. Dapatlah saya tidur dengan puasnya...

Kat sekolah tadi.... budak2 3RK 08 datang merayu2 dan ada yang menangis, minta ampun, minta maaf. Mereka tak tau apa2 pun dengan apa yang terjadi. Sebab... mereka tak de internat. Yang mereka tahu kawan diaorang dah buat Cikgu Wazir & Cikgu Mazidah marah dengan tulisannya di blog. Jadi mereka wakilkan diri ... minta maaf, minta ampun bagi pihak rakan penulis blog tu.

Memang... kes ni dah jadi hangat di kalangan pelajar RK baru & lama. Ya lah... ada antara mereka yang rajin mengikuti blog cikgu2nya.... Lepas baca blog cikgunya.... apa lagi, masing2 mencari siapa penulis blog tu dan dah siap2 nak marah. Tetapi ramai tak tercapai hajat membaca (termasuklah cikgu2), sebab penulis dah padamkan bukti. Dia dah delate topik 'amukan'nya termasuk topik 'minta maaf secara terbukanya' tu.

Tak sangka lah pulak... sayang juga budak2 tu kat kami. Tau cikgunya marah, cepat2 diaorang tampilkan diri minta maaf, minta ampun, tak kira lah siapa kawan mereka yang buat salah. Maaf?.... Tengoklah.... Tapi rasanya.... lepas ni kami dah malas kot nak libatkan diri dengan RK lagi. Terlalu bijak....... Nak try kelas lain lah pulak......

Pengajarannya... berhati2 bila tulis di blog. Jangan sampai menyentuh perasaan orang lain. Apa yang ditulis seluruh dunia boleh baca dan orang akan menilai peribadi kita melalui apa yang kita tulis. Jangan kata, ia sekadar tulisan....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH