MAIN PERANAN

Wou! Agak kalut. Pagi2 dah kena ke dapor. 5 dalam 1. Khidmat diri, masak sarapan, kemas, sapu sampah, basuh pinggan dll. Alhamdullillah Amili, anak bongsu kami, tak banyak kerenah, walau kena bangun awal. Biasanya saya keluar rumah boleh lewat sehingga 7.05 pg. Tapi pagi ni, 6.45 dah keluar, hantar Amili & Amirul, tompangkan kat rumah adik. Baik juga Amirul cuti (sempena peperiksaan awam di sekolahnya) boleh temankan Amili sehingga dia biasa. Tapi Amili sebenarnya ok je.... . Amirul ke rumah cik Alimnya berbekalkan Laptop mamanya. Anak2 cikgu Mazidah katakan.... tak boleh dipisahkan dengan komputer.

Dalam perjalanan, terperasan pula saya tak bawa bag tangan. Terpaksalah patah balik. Sampai di sekolah baru teringat hari ni kena buat ucapan minggu PJK. Cikgu Rosnani baik hati, buatkan teksnya.... tapi saya tertinggallah pulak..... Kenalah buat ucapan ringkas sendiri.....

Pukul 2.00 ptg ambil Ammar & bawa ke PPD. Biarkan dia tidor dalam kereta sambil saya berurusan dengan JU HC. Sian.... dia. Pukul 3.45 ptg baru selesai & bergerak terus ambil Amirul & Amili. Semasa memandu macam2 teringat... 'balik ni nak kena masak, kemas, lipat & gosok baju, jaga anak2 kecil & macam lagi'. Amirul kata, 'beli makanan je ma'. (Dalam hati kata.... tak boleh. Bulan ni dah lari bajet dek membeli kamera Amir semalam). Suami pun kata semasa memandu balik....teringat .... ' nak basuh baju, sidai baju, buang sampah... dan macam2 lagi'. Akhirnya.... lepak keletihan. Kami, walau dari ready dari segi mental... rupanya dari segi tenaga.... belum lagi.....

Amili... macam tercari2 kakak Ekanya (pembatu rumah tu).... Amirul, boleh diharap. Membantu menyidai & mengangkat kain baju. Abahnya dah ajar macam mana nak guna mesin baju. Ada beberapa perkara lagi yang saya masih lupa.... masa air, masak nasi & nak suruh Amili mandi. Kerja2 biasa yang bibik buat.

Macam mana pun.... perjalanan hidup masih lancar walau tanpa bibik. Masing2 tahu & memainkan peranan masing2. (Bahagi2 kerja tu). Terima kasih suamiku, terima kasih anak2.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG