NILAI TAMBAH.....

Headcount tak siap lagi. Pening sungguh sistemnya. Silap sikit je... hasilnya jadi kelam kabut. Patut hantar semalam. Tapi sampai la ni... masih tak terhasil. Masalahnya.. sistem headcount ni guna data SAP (Sistem Analisa Peperiksaan). Yang urus orang lain. Urus data peperiksaan senang lah juga. Lepas cikgu2 key in markah, SU peperiksaan proses & print mark sheet. Satu peperiksaan, demi satu peperiksan. Selesai.

Tapi Sistem Headcount ni kene merge data TOV, AR1, AR2, AR3 dan baru buat ETR. Semua maklumat & bilangan pelajar mesti sama. Perbezaan kecil langsung tak boleh. Ejaan salah 1 huruf pun tak boleh. Jarak tak sama pun tak boleh. Tapi.... apa yang saya terima... aduh banyaknya yang kena dibetulkan dulu..... Nak betulkan tak ada masalah. Tapi nak mengesan mana punca masalahnya, tu yang memeningkan...

Itu tentang sistem. Ada juga guru yang tak buat markah nilai tambahnya untuk buat unjuran. Cikgu... mana lahhhh saya kenal anak murid cikgu, apa tah lagi potensinya... Bila cikgu tak buat unjurannya... terpaksalah saya 'main taram' je.. Saya kena siapkan kerja saya juga. Dah berbulan saya bagi kat cikgu... Nak marah... kawan2. Sapa lah tu...

Akhirnya.... suamiku yang jadi mangsa. ' Dia tolong Key in markah nilai tambah untuk tingkatan 5'. Dia kata...'amboi! kalau nak minta tolong (melentok!)... . Saya jawab. Isteri abang, pandai le... merayuuuuuuu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH