RENCAH DUNIA

Hari ni dapat tempahan dari Mek Asliza. Nak berblog juga. Yeh3... budak baru. Boleh buli ni... Apa2 pun seronok. Bertambah geng borak dalam IT. Ye lah walau pun kita ni cikgu di sekolah yang sama, kadang2 tak da masa nak menyembang untuk mengeratkan silaturrahim. Kat Blog je lah boleh tahu cerita & khabar sesama kita. Canggih gitu. Komunikasi berkesan. Lawatilah.. cikguasliza.blogspot.com

Hari ni kepala masih biul lagi.... Tak mampu nak buat kerja lain & fikir yang lain2. Pagi sebelum masuk kelas, ngadap komputer. Semasa P&P pun curi2 ngadap komputer. Lepas kelas ngadap komputer. Rehat, makan pun sorang2 je. Tak dapat tunggu orang lain. Lepas makan sampai balik, pun ngadap komputer lagi. 1.50 ptg, terus balik rumah & tidor sekejap. Pukul 3.00 ambil anak sekolah , masak & makan. Sekarang agak lega untuk sambung kerja.

Harap2 esok adalah kesudahannya. Headcount yang sempurna dapat dihantar . Terima kasih atas semua yang memahami situasi. Maaflah kalau tak beri perhatian beberapa hari ni. Anak2 KRK. sorry ye tak dapat ikut serta Majlis Sambutan Hari Jadi Cikgu Roszana & Ustazah Salimah. Cikgu betul2 keletihan & kepala sakit. Terima kasih atas jemputan & ingatan.
Bangga kerana kalian dah bertambah bijak membina hubungan baik dengan guru2. Insyaallah akan bertambah kasih guru pada kalian & bertambah berkahnya kehidupan kalian dengan limpahan doa guru.

SELAMAT HARI JADI
BUAT
CIKGU ROSZANA & USTAZAH SALIMAH.
SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, SENTIASA DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN & SEMOGA KITA TERUS SEIRINGAN MENJADI GURU YANG SAMA, SATU TUJUAN.
#DIDIK ANAK2 MURID SEHINGGA BERJAYA DUNIA & AKHIRAT.#


Buat Dang Anum, jangan gusar, jangan sedih. Apa pun yang kita lalui... adalah rempah ratus / rencah dunia yang akan mematangkan kita. Itu lah warna2 kehidupan. Hujung minggu ni Yan belanja satey ye!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH