REZEKI DIKONGSI BERSAMA

Bangun pagi dengan cita2 nak mengemas tingkat bawah rumah. Esok pembantu balik dah. Jadi nak susun atur semula agar saya boleh buat kerja '10 dalam 1'. Sambil masak, boleh makan, boleh basuh baju, boleh gosok baju, boleh buat blog, boleh buat RM, boleh baring, boleh chitchat, boleh tengok anak, boleh berleter kat anak. . Sebelum ni bilik tidor jadi office. Banyak habiskan masa di dalam bilik tidur sendiri. Semua kemudahan... laptop, printer, mesin binding, mesin laminat, fail2, buku2, semua ada dalam bilik tidur. Tapi mulai hari ni... office dah ditukar di ruang bawah. Maklum lah lepas ni.... dah kene jaga si keci2 tu..... Malas nak turun naik tangga....Kira hari ni start berlatih jadi suri rumah le... pukul 3 petang baru siap kemas dari belakang ke depan. Insyaallah... saya boleh! ( atas sokongan suami le....)


Menu hari ni soto. Menu biasa bila anak2 balik asrama. Anak2 memang suka sop. lagi pun..... menu tu boleh pakej sarapan pagi hingga makan malam. Kebetulan hari ni ramai tetamu. Soto tu lah... hidangan. Petang, kakak Ipar datang dari Melaka semata2 hantar buah rambutan & cempedak. Buah rambutan tu kemudian saya agih2kan kepada saudara2 termasuk lah Wakjir. Sorang sikit. Alhamdullillah rezeki dikongsi bersama....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH