SAYA SOKONG, SAYA BANTU

Semalam berbual bersama adikde Wazir. Dia cerita tentang anak2 yang ramai tu. Kagum dengan jiwa kebapaannya itu.... cita2 besarnya waktu ni ialah nak lihat ke semua 17 orang anak2 kelasnya, 6A3 masuk universiti... Antara strateginya ialah... anak2 itu kena cari & pilih mentornya sendiri di kalangan guru yang mengajar atau tidak mengajar dan jadikan mentor itu pengerak, motivetor, jadi tempat rujukan, tempat mengadu... membantu / mengurangkan masalah, dalam mereka meniti sisa hari sebelum STPM ni.

Saya sokong usahanya & saya bantu. Tapi saya mengaku... saya tidak sehebat dia. Diri saya tidak sekaya atau semewah dia dengan kasih sayang. Untuk membantu, menjaga anak2 didik, sedikit2 di sekolah tu... Insyaallah, saya sentiasa sedia, saya sentiasa senang untuk melakukan. Tapi kekal hubungan sebagai cikgu.... hanya itu yang saya mampu. Saya pilih untuk tidak terjebak dengan masalah oleh sebarang ikatan. Saya pilih privasi kehidupan saya. Saya pilih komitmen saya dengan keluarga saya ( yang ramai tu....). Mungkin saya kejam, mungkin saya tamak. Tapi saya tidak mahu jadi hipokrit. Rasanya, mereka yang rapat dengan saya... mengenali hati nurani saya... Harapannya... walau pun kami berkawan baik & saling menyokong... tapi jangan letakkan saya dalam keadaan serba salah dengan membuat andaian... apa cikgu wazir boleh buat... saya pun boleh buat. Jangan ye.... Saya tidak sehebat dia!

Cikgu Wazir bagi saya, seorang yang hebat. Jiwanya penuh kasih sayang, jiwanya penuh perihatin, jiwanya penuh tanggung jawab pada anak didik dia, anak bangsa dia. Tinggi wawasannya terhadap anak2, walau bukan darah dagingnya. Hidupnya memang banyak ranjau, tapi telah disembunyikannya di sebalik senyuman. Sebab dia nak gembirakan orang sekeliling dia. Baiknya dia!. Rasanya, rugi lah sapa yang menolak untuk tidak berkawan dengan dia, menolak untuk bersaudara dengan dia.

Cuma kita perlu terima... setiap orang ada kelemahan dan ada ketikanya tersilap juga. Terima lah dia sebagai manusia biasa. Jangan beri tekanan padanya, dengan meletakkan dia sebagai orang yang tidak boleh membuat silap....... ( Tapi...... akak le yang selalu cari gaduh ... he3)

p/s. Kepada anak2 6A3, semoga berjaya. 'Penuhilah impian seorang guru, seorang bapa'. Tahun ni kami hantar Karim masuk universiti... tahun depan sapa pula yang kami hantar.... Salleh, Isma, faridzul, Jijah.... atau (?)...sebelum hantar anak sendiri lah... Ayo2...pening kepala Wak......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG