SEMAT DI HATI

Hari ni pergi sekolah dengan agak suram, agak hampa. Masuk kelas 3KRK, dengan sendirinya, air mata ini mengalir. (Dah... memang jenis ciwek). Sedihlah.....

Malam semalam... membaca blog salah seorang anak 3RK08. Tajam tulisannya. Dia rasa tak puas hati dengan layanan sekolah kepada group dia. Dia kata sekolah tak adil. Lebih2kan 3KRK 2009. Walau dia tembak sekolah (agaknya lah kot), tapi saya dan Cikgu Wazir turut rasa terkecewa. Program kelas KRK SMKSKI agak baru. Sebab tulah... sekolah macam budak baru belajar. Kelemahan2 tahun2 sebelum tu, cuba di atasi pada tahun2 berikutnya sebab itu, mungkin nampak layanan kepada group berikutnya lebih baik.

Pada anak2 3RK08... jangan lah anggap begitu. Jangan ukur kasih sayang pada program2 yang diadakan pada korang. Apa yang penting 'Dekat Di Hati'. Bagi saya & Cikgu Wazir... korang lah kasih pertama kami. Ingat tak lagi kenangan kita bersama2 menjayakan 'Majlis Kenangan Budi'. Ingat tak lagi, penat lelah kita. Ingat tak lagi air mata yang banyak tumpah demi menjayakan majlis itu. Dan kerananya kita menjadi akrab. Semua kenangan kita tetap terpahat di hati.

Anak2... kami ni guru, kami kena maafkan kamu & terus menjaga serta menasihati kamu. Anak2... sebagai manusia, kita memang tak dapat lari daripada perasaan tidak puas hati. Tapi.... luahkannya dengan cara yang berlapik, dengan cara yang baik. Insyaallah, kami faham. Anak2... anak yang cerdik, yang berakal. Hati2 lah bila bercakap. Takut kesilapan kamu... adik2 KRK yang lain akan menerima kesannya. Sebab.... kami ni juga manusia biasa. Kami ni bersemangat, tapi kami juga boleh ada perasaan kecewa. Rasanya saya dan Cikgu Wazir gagal dalam menyumbang ke arah kebaikan untuk KRK. Susah rupanya jaga budak terlalu pandai ni ye.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH