SILAP PERHITUNGAN

Wah…. Dah pandai dah….. semakin hari semakin lambat ke sekolah. Bila dah lambat..... apa2 pun boleh berlaku. Masuk hari ke 5 tanpa bibik.... ada lagi masalah timbul kerana sekarang pagi2 kena hantar anak ke rumah pengasuh. Separuh perjalanan ke rumah pengasuh, Amili : ’Mama nak susu.....’. 'Alamak, baru sedar botol susu tertinggal'. Biasa memang tinggal je botol tu kat rumah pengasuh. Tapi semalam nampak penuh lagi botol, bawa lah balik.... rupanya membawa masalah.... Kena lah patah balik. Suami yang sedang tutup pagar terpaksa masuk rumah, cari kan botol susu tu. Agak lama juga.... tak muncul2. Sampai tingkat atas dia mencari. Rupanya si Amili dah masukkannya dalam bag pakaiannya yang saya letakkan di tepi pintu. Sebenarnya, saya sediakan bag tu untuk abahnya bawa ke Teratak Hijaz, Putra Jaya. Maklumlah... cikgu Mazidah. Gi Camping..... boleh! Dengan syarat boleh bawa famili sekali.....

Selesai mencari botol susu... masa dah 7.00 pagi. Tukar fikiran. Tak ikut jalan biasa. Sebab takut nak menyeberang highway. Hari dah cerah. Kereta tentu banyak. Saya pun ikut jalan Pekan Meru. Rupanya.... saya silap perhitungan. Saya mencari nahas. Ikut Pekan Meru..... depan masjid Meru.... saya tersangkut. Dekat 10 minit. Lampu meerah & hijau dah dekat 5 X tukar. Masih tak bergerak...... Bila bergerak sedikit.... depan Taman Sri Puteri pula. Sangkut lagi. Tak bergerak lagi. Hampir 10 minit. Hon kereta, lori, bas tak henti2. Rupanya.... jalan sedang dalam pembinaan. Sebelah jalan ditutup. Tukang bagi arahan laluan tu dah benggong. Komunikasi nya dengan member lorong satu lagi break down kot. So... lorong laluan saya sangkut. Kenderaan lorong satu lagi je yang lepas......

Dah lambat..... sms je lah kat bos no.2 (bos no.1 kat Terengganu).... katakan ‘ sorry terlambat sikit’. (sedang memandu tak boleh sms panjang2 untuk terangkan sebab lambat). Kalau dah lambat..... memang kita akan lambat banyak. Sebab kereta dah sangat banyak di jalan raya..... so .... tiba di sekolah 7.40 pagi. Apa lagi tercunggap lah masuk kelas.... (masuk hari ni, 2 X dah lambat tahun ni....)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH