APA YANG TINGGAL.....

Ha.... hari ni saya mementingkan kerja daripada urusan keluarga. Pada pukul 9.00 pagi tadi sepatutnya saya menghadiri majlis tahlil untuk arwah abah yang diadakan di rumah kakak sulung di Kelana Jaya. Malam tadi saya diingatkan agar menghadirinya.... Apa nak buat, dah set kan minda nak ke sekolah menyiapkan kerja2 tertunggak.... Ngada2 betul saya... bila suruh menghadiri aktiviti sekolah, ada je merungutnya... bila tak disuruh rajinlah pulak.... bukan pe... kalau tak de aktiviti barulah boleh selesaikan kerja.... kalau dah banyak sangat aktiviti... bila lah pulak nak buat... Untuk arwah abah... sedekah Alfatihah anakanda berikan.....

Kebetulan, suami ada tugasan.... ambil gambar program yang dijalankan di Padang Pendamanan Jaya..... So sementara tunggu, saya pergi lah sekolah..... Rupanya bukan saya yang menunggu.... sebaliknya dia yang lama tunggu saya... sehingga dia call 'tak balik lagi ke.... anak2 dah bising kelaparan...'. Bab masak... suami kurenglah sikit..... Pukul 2.30 petang baru saya tiba di rumah & terus masak untuk anak2.

Selesai urusan di rumah barulah saya pergi ke rumah kakak bersama Ammar & Amili. Anak2 lain.... keberatan. Tinggal. Lagi pun.... kereta kecil.. mana muat bawa semua. Sedor diri anak ramai. nak tunggu kereta exora .... entah bila. Tiba di rumah kakak 3.30 petang .... apa yang tinggal. Orang dah lama siap kemas. Makanlah apa yang ada. Alamak... menu daging kambing.... mana kami makan. Tak pelah... makan buah2an.... je

Setelah hantar mak di kampung.... kami terus merayau cari durian. Amira teringin makan. Baik demam lah tu...... Lepas makan.... ha kepanasan.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG