HANGUS SUDAH.....

Kisah ni berlaku semasa saya mengandungkan Amirul kut.... sekarang Amirul berusia 11 tahun... Biasalah orang kampung, selalu balik kampung lah..... Bila nak balik kampung, saya pun gorengkan nagget & kentang goreng. Makanan kesukaan budak2. Lepas selesai menggoreng.... kami pun bertolak ke kampung ( kat Tok Muda Je). Esok malamnya kami baru balik semula ke rumah!. Bila tiba di rumah kami, kami disambut oleh jiran cina kami dengan membawa cerita... dapur kami terbakar siap panggil bomba... tapi kami tak tahu tu sebab dia tak dapat menghubungi kami...

Ha! rumah saya terbakar!.... Rupanya ia disebabkan kelupaan saya menutup api gas setelah saya siap masak nagget tu.... Teruk juga lah rupa dapur saya tu.... Hangus sudah...., hitam & siling pecah2 dik pancuran pili bomba..... Alhamdullillah, saya mempunyai jiran, walau cina sangat baik & bertanggung jawab. Mereka anak beranaklah yang memecah masuk rumah & berusaha memadamkan api. Mereka juga tolong menyimpan barang2 berharga seperti TV ke dalam bilik kerana ramai juga jiran2 lain yang datang selepas itu utk membantu....

Kerana kejadian itu, saya & suami ambil cuti untuk mengemas & mengecat semula dapur. Tuan rumah juga seorang yang baik, membantu seadanya....

Suami ku memang penyabar orangnya.... dengan lembut dia bertanya..' ma lupa padamkan api ye....' Dan saya hanya mampu berkata 'sorry'. Ayat itu masih ku ingat lagi...Sejak itu, suami ku biasanya jadi orang yang last keluar rumah, demi memastikan rumah ditinggalkan dalam ke adaan selamat...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG