FAMILY DAY

Saya menulis ni di Desa Water Park. Tiba tadi kul 8.30 pagi. Berdua dengan suami. Anak2 masih tidur lagi sewaktu kami keluar rumah. Saya sempat masakkan nasi goreng & cempedak goreng. Cempedak tu pemberian kawan baik, Cikgu Norzalina. Anak2 tak tau pun kami ke sini. Saja tak bagi tau sebab ambil langkah berjaga2 je pasal wabak H1N1 tu.

Sarapan pagi disediakan nasi lemak, meehon, makaroni, nugget, sosej, kuih muih & lain2. Anak2 tak bersama... so saya duduk2 je baca majalah & memblog, suami macam biasalah .... menembak dengan kamera dia..... Kami tunggu menu2 lain pulak... durian , makan tengah hari pula.... KFC. Walau kami berdua.... kopun kami ada 8.... so, kira sendirilah.... keuntungan kami.. he2.

Nak masuk DWP ni mahal lah juga. Tiket dewasa RM20. Kanak2 RM14. Kami guna 2 tiket je... lain2. burn. (Tenguklah, kalau boleh guna , lain kali kami datang lagi....) Kopun sarapan pagi pun banyak yang burn.... DWP in kecil sikitlah daripada Sun Way Lagun. Hari ni tutup untuk orang awam. Selain opis suami (Suruhan Jaya sekuriti - SC) ada 3 lagi kompeni yang buat family day kat sini.... Bila tutup untuk public... selesa sikitlah, tak sesak. Tapi kami tengok je lah......
Perjalanan ke DWP ni tak susah sangat. Suami ikut Highway Setia Alam... 30 minit lepas tu sampai dah..... (Tak tahu nak cerita jalan... sebab macam biasalah aktiviti saya ....lena.....)

Kerja dengan SC ni ok gak... Family day, anak2 beranak dapat T-shirt, tiket masuk DWP, sarapan pagi, makan tengahari & oleh2 free. Lagi untung untuk yang ramai anak macam saya....... Paling syok, annual dinnernya kat hotel 5 bintang..... (yang ni untuk suami isteri je)... tu belum masuk faedah lain. Kalau sakit, masuk wad mewah juga lah....

Ok le... saya nak menulis cerita lain pulak.... Saja mengisi masa...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG