DIALOG GURU

Dah terjaga ni... kenalah buat kerja. Mula dengan kemas rumah. Orang2 lain... semua lena..... Tapi mesti buka blog dulu, kot2 ada 'dialog guru' daripada ke kawan atau daripada pembaca2 blog baru..... Oh ada mesej daripada bakal pengetua.... Razak bukan anak Superman, tapi Suparjan..... Terima kasih Jak.... Harap2 dia pun buat blog,syer cerita dia kat IAB..... mana lah tau.... kami nak ikut dia ke sana nanti..... Bakal Pengetua gitu......

Tak de cerita nak tulis.... sekadar nak ilangkan ngantuk.... jenguk2 cerita lawak kat internet..... saya masuk kan kat blog untuk tatapan warga guru...


Dialog Guru 1
Guru : Kenapa awak lambat?
Murid: Kerana sebuah papan tanda.
Guru : Papan tanda mana?
Murid: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan perlahan."

Dialog Guru 2
Guru : Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti-henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?
Murid: Seorang Guru, Cikgu!

Dialog Guru 3
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.

Cikgu: "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid: "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu: "Rumputnya mana?"
Murid: "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu: "Habis tu, kudanya mana?"
Murid: "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"

Dialog Guru 4
Seorang cikgu sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas ...
Cikgu : Boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?
Murid : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Murid : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??

Dialog Guru 5
Cikgu : Awak didapati meniru dalam exam.
Murid : Apa bukti cikgu?
Cikgu : Awak tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu" dan awak tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu"".

Ok.... jumpa lagi.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG