KEADAAN TIDAK SELESA

Pagi tadi pergi sekolah dalam keadaan bersemangat, sebab kerja2 semakin beres. Terutama HC & penandaan KKG. Ringan sikit kepala otak. Teman2 ramai yang menegur, saya nampak ceria & bersemangat hari ni. (Ye ke). Rupanya tekanan boleh tergambar pada air muka.... Rasanya saya memang patut banyak berterima kasih kepada suami yang sangat memberi ruang kepada saya menyiapkan kerja2 sekolah saya. Tak lupa juga kepada sahabat2 di sekolah yang sentiasa mengwujudkan suasana kerja yang ceria & mesra. Kerjasama rakan guru terutama pada HC... buat saya lupa segala letih & tension saya semasa saya menghadapinya pada hari2 yang lalu. Terima kasih teman2.....

Hari ni dikejar oleh Norbiah.... suruh hantar borang naik gred .... Terpaksalah ngadap dia untuk lengkapkan borang tu... terima kasih Biah.... sangat membantu. Selesai je kerja tu.... tiba2 nafas saya mula rasa tidak selesa. Semput. Itulah kesan kalau 'berkorban apa saja' untuk suami.... Semalam suami dinasihatkan doktor jauhkan dari makan buah2... duku/langsat.... Kebetulan buah tu dia dah beli banyak... So pagi ni saya angkut ke sekolah, demi menyelamatkan suami yang nak demam.... Di sekolah, letak pula atas meja.... tengok orang lain makan.... kata manis..... saya pun makan.... sebiji.... sebiji.... sebiji..... & tak lama kemudian.... mulalah... nafas tak clear.... Apa lagi.... menyedutlah saya..... (ubatlah....)

Balik sekolah tadi, walau keadaan tak sihat... gagah juga ronda2 Pekan Meru... cari barang special untuk seseorang yang spesial... tapi kat Meru apa yang ada. Nak pergi jauh.... tak beranilah kerana wabak penyakit & dengan cuaca yang berjerebu...... penafasan menjadi tidak selesa & badan pula mula rasa tak sedap ditambah dengan selsema...

Setelah Amir & Amira baik demam.... Amirul pula menyusul. Terpaksalah Ammar ke sekolah sendirian..... Bila jemput dia tadi... sambil memegang dahi Ammar berkata, 'ma panas'...(demam lah tu)..... Sorang lagi..... ...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG