MAMA TIDURLAH DENGAN ADIK........

Adik, panggilan Amili untuk dirinya. Kami memanggilnya Amili. Kami lebih suka panggil anak2 dengan nama penuhnya (sebab tu nama diaorang pendek2. Senang nak panggil). Panggilan nama sebagai doa. Tapi Amili tetap bahasakan dirinya adik. Tak tahu datang dari mana ideanya tu, gelarkan dirinya adik.... Maka mamanya pun ikut je panggil Adek.

Hari ni... mula balik pusingan demam. Selepas Ammar yang belum baik betul, Amili sambung semula. Dua minggu lepas sewaktu di Melaka dia demam kemudian diikuti kakak & abang2nya.... Kini kembali semula pada Amili... Inilah dugaannya ramai anak.

Anak2 ni, paling mencabarnya bila mula2 demam. Masa tulah rengeknya ketara sangat. Yang dia perlukan sangat belaian mama & abahnya. Tapi... kalau nak ikut sangat tak jadi kerja kita dibuatnya.... 'Mama..... tidurlah dengar adik...'. Berulang2. Bila mamanya kata mama nak buat kerja..... 'mama duduklah dengan adik....'. Berulang2. Kalau mamanya lambat berada disisinya...' mama cepatlah......'. Begitulah berulang2. Kadang2 dia kata... 'mama rambut' (maknanya dia suruh usap rambutnya dengan air asam + air beras - ubat merendahkan suhu demam turun menurun). Bila dia terlena.... senyaplah sikit.

Mula2, mamanya layan lah juga... disuruh duduk, mamanya pun duduk sebelah dia. Sebelah tangan membelai dia sebelah tangan pada keyboard laptop... ( sentiasa nak bersama laptop). Kalau tak pun.... sebelah tangan membuat cekodok, memasak, membasuh pinggan.... sebelah tangan mengosok2 kepalanya. Bila dia terus berulang2.... 'mama tidurlah dengan adik....' Mamanya pun.... layan je lah tidur. Bila Amili lelap. mamaya pun lelap. Bila Amili merengek... mamanya mengusap2 badannya . Begitulah berulang2...... tidur bangun... lama2 kepala mamanya pening & badan naik lesu...

Abahnya pula tak da di rumah. Ada job lah pula... ambil gambar kat Putrajaya.... Tak pelah itu itu minatnya.... sokong ajelah.... Amili, setiap kali terjaga akan bertanya...... 'mama abah dah balik ke....'. Pun berulang2.... (anak abah.... katakan). Aduh penat2.... Hari Ahad memang memenatkan... Selain rutin hujung minggu yang memang extra3..... Hari ni anak2 akan balik semula ke asrama... tambahlah extra kerjanya.... Apa nak buat.... layan....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH