MUNGKINKAH ANAK KU PULA.....

Dalam perjalanan balik abang telefon, dia kata melalui email PIBG, sekolah anak iaitu SMI Hira' Jeram diarahkan oleh Jabatan Kesihatan tutup seminggu mulai hari ini 3 Ogos 2009. Semalam baru je hantar Amin balik asramanya..... hai hari ni nak kena ambil pula.... Cakap dengan suami..... 'ma gantuk sangat ni bahaya memandu.... abang ambik malam ni...' maklumlah malam tadi pukul 4 baru teringat nak tidur.. pukul 6 dah kena bangun ........ Tu yang perlu di cover petang ni.. Suami kata.... tunggu Abang Amin call lah.....

Dua orang lagi, Amira & Amir memang tak dihantar balik. Mereka demam & nampak sangat lemah.... ma & pa nya bagi cuti sendiri..... alih2... memang kena cuti panjang.... (rupa2nya bukan anak kami je yang tak balik.... ada 200 orang lagi tak balik sebab demam & dengar ceritanya ada yang positif H1ni). Amira mengatakan badannya sakit2..... semalam memang sehari dia tidur & berkurung dalam bilik je.... Anak2 kalau sakit.... memang tak makan ubat hospital. Kalau pergi hospital setakat nak tahu simptom2 penyakit & ambil MC je.... ubat abahnya yang bagi....

Abahnya macam misi lah... tukang suapkan ubat.... sebab yang menentukan ubat yang sesuai.... abangnya atau sepupunya yang merupakan doktor homepathy... Dia telefon & cerita simptom2 penyakit... & doktor akan sebut apa ubatnya..... kat klinik yang tukang beri ubat, kan misi.... he3 jangan marah suami ku....

Inilah koleksi ubat2 Homepathy tu..

Anak2 memang sejak dari kandungan ibunya dah diperkenalkan ubat homeopathy..... Dia orang mana ada inject yang banyak2 kali masa kecil tu.... (kira satu bukulah rekod catatan injection tu kan....). Alhamdulillah nampak serasi ngan diaorang.... Nak suruh makan ubat pun senang...... ubatnya manis.... campuran glukos... ( Kira ... tak payah buka2 baju nak ugut makan macam anak si Yan tu.....). Ala Yan... bukan anak Yan yang takut makan ubat... si Wakjir pun.... Masa mula2 akak bawa dia jumpa doktor homeopathy tu.... Bila dia disuruh makan ubat.... tengok mukanya..... kecut .... Beri 7 biji.... dia nak syer pula ngan bininya separuh....(memang dasar penakut @ pemalas makan ubat...)... Tapi macam serasi juga ubat tu dengan dia..... Semoga cepat semboh ye Wak....

Semoga anak2 mama tak terkena penyakit yang berbahaya tu .... & juga cepat semboh. Amin....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG