SAMA TAPI MACAM LAIN.....

Sama tapi macam lain ... La cerita apa lah pulak ni.... Entahlah.... saya pun tak tahu apa maksud nak diberi....Orang sama tapi dah lain ke... atau sama macam sama tapi tak serupa.....

Sama tak serupa... macam kita kot.... rambut sama hitam... hati lain2 kot. Memanglah hati lain2... mana nak serupa... kalau hasrat hati... mungkin boleh disamakan... tapi... hasrat hati sama pun... tak de maknanya.. kalau cara kita berbeza..... prinsip kita berbeza... prinsip ni mungkin terbentuk daripada didikan atau pengalaman2 yang telah kita lalui.... prinsip yang baik memang patut kita pegang & pertahankan... tapi macam mana hal2nya kalau semua orang teguh dengan pegangan masing dan berbeza pulak tu.... Apa kesudahannya nanti.... masa fikiran tengah waras... ok lah juga.... masa tengan 'hangin'.... mulalah merujuk kepada ego...

Ego!... ala semua orang sebenarnya ada ego. Lelaki ke... perempuan ke.... cuma kadar dan situasinya berbeza.... Mana lebih baik.... mengalah dengan ego sendiri ke... atau mengalah dengan ego orang lain.... kadang2 lelaki fikir... 'buat diam je'.... Tapi boleh selesai ke masalah dengan diam... tah2 lagi diam... lagi lah mengamuk perempuan... ye lah perempuankan nalurinya suka perhatian, suka ambil perhatian.... kalau lelaki buat dekkkkk je... makin lah pintu pintu berdentum. makin lah periuk belangga sengaja berlaga.... tapi kalau lelaki yang merajuk... (ade ke lelaki yang merajuk) dan perempuan buat tak tahu.... apa ke helnya.... Ok aje kot atau... haru lah jugak.... Tu yang timbul.... 'ala sama aje' atau 'sama le... tapi tak serupa'....

Jadi apa kesudahannya.... Kena adil kot! dalam apa juga keadaan walau pun dalam persaudaraan, persabatan, pekerjaan. Dalam nak buat baik pun kena adil. Perlu saling memahami. Tapi macam mana nak faham kalau orang tak cerita apa masalahnya, kalau orang tak berterus terang apa yang dia harap daripada kita. Ala senang cakap kena 'give and take' lah..... ... sesuaikan diri dengan situasi, sama2 ubahsuai prinsip diri, sama2 memperbaiki diri ..... Apa2 aje lah...

P/s borak2 je le....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH