KERJA OH KERJA....

Semalam lepak habis. Di sekolah cuba bereskan penandaan KKG. Tapi gagal.... 1 1/2 kelas lagi. Balik.... lepas ambil Ammar & Amirul di SRI Hira Batu Belah, terus ambil Amin, Amira & Amir di Asrama SMI Hira Jeram.... & ambil pula si kecil Amili di rumah adik.

Tiba di rumah, pesan kat si Abang tolong kemas bilik & pesan si kakak kemas kat ruang parking & jaga adik2.... sementara saya pergi semula sekolah mengumpul & membawa balik semua fail, bahan2, borang2 yang saya tak beres.... Ingat hujung minggu ni nak ambil kesempatan membereskannya...

Hampir 6.30 petang tiba di rumah, alhamdullillah, anak2 melaksanakan tugasan yang diberi. Mama ada anak2 yang boleh diharap. Terima kasih anak2. Saya yang keletihan sempat masak nasi & lauk suami suruh orang lain masak kat luar. Sempatlah saya lena sejam.

Malam ada temu janji dengan suami. Lepaskan gian makan malam berdua dengan suami. Ambik kesempatan sementara anak2 asrama balik. Tempat kegemaran... Restauran Terapung Taman Tasik Shah Alam. Makanan kat sini memanglah mahal.... tapi kami... budget.... Tiba di rumah 11.00 malam... apa lagi terus bum!. Tidur!. Saya memang nak tidur sepuasnya, qada hari2 lalu yang tak cukup tiddur!.

Pagi ni bangun terus buka & tulis blog. Seronok ada mesej dari Isma. Lama tunggu dia update untuk ceriakan blog... Teruskan Isma, bolehlah 'kau tu dinasihatkan oleh sifu2'.

Hari ni temankan suami ke 'family day office dia' di Desa Water Park. Malas rasanya nak pergi kenangkan kerja yang melambak & badan rasa keletihan. Tapi suami dah daftar nama, tak boleh tak pergi... takut kena tindakan, sebab dah masuk budget opis dia. Kena lah pergi... tapi tak bawa sorang pun anak2. Takut terdedah pada H1N1. Lagi pun nampak anak2 tak berapa sihat. Amir demam.

Saya pergi macam biasa .... berbekalkan laptop.... tu lah... ke mana pun... ingatkan kerja oh kerja je.... Tak pelah, bila kerja siap, lapang juga hati & fikiran. Insyaallah kalau buat satu persatu.... siap kot!.

Lepas tu... nak pergi kenduri kahwin rumah sepupu suami....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH