TERIMA KASIH SEMUA

Hari ni rajin kan diri ke sekolah..... tengok HC yang cikgu2 buat. Baiki sikit2 mana yang perlu... lepas tu tengok fail2 jadual & fail HC.... ha... masih kosong!... Insyaallah... saya akan lengkapkannya.... Kini saya sudah mula berada di track saya kembali & saya bersedia untuk membaiki mana yang silap, mengisi mana yang kosong, menambah apa yang kurang, mencantikkan apa yang belum sempurna... Saya ingin terus ada nilai tambah pada kerja saya... saya ingin kepuasan pada setiap pekerjaan saya.

Terima kasih Tuhan ku yang mengurniakan ku keinginan & semangat untuk menyempurnakan setiap tugasan ku. Terima kasih suami ku yang banyak memberi ruang & peluang. Terima kasih.... Wakjir, Ati & Yan kerana terus menyokong. Terima kasih sahabat2 di SKI yang terus mendorong. Terima kasih kawan lama, Kak Sakila, Che Ana yang menjadi penguat semanta. Terima kasih kawan2 baru... Cikgu Amirul yang ingin jalan seiring. Terima kasih anak2 murid SKI yang sentiasa menjadi pemangkin. Terima kasih anak2 penyejuk hati ... Terima kasih semua....

Saya ingin buat yang terbaik ...... Insyaallah!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH