TERPISAH.....

Sementara menunggu Family Day di Desa water Park ni.... nak cerita kisah2 lama. Kisah kami semasa anak 2. Amin & Amira kecil lagi, kira masih berdokong lagi lah.... Masa tu kami masih rajin bawa anak bersama. Ye lah... baru 2 anak je.... Rasanya apa je ekpo, kanivel, pameran & perkara baru..... angkut diaorang ni.

Bila... komuter baru diperkenalkan, kami pun teringin bawa 2 anak ni merasai pengalamannya.... Masa tu kami duduk di Flat kami, di seksyen 24 Shah Alam. So kami bertolak dari S.Alam. Tiket kami pergi balik Seksyen 18-Kuala Lumpur (masa tu stesyen Keretapi KL. KL Centrel belum ada lagi). Bila nak patah balik, kena tukar komuter.... Alamak sesak!. Orang terlalu ramai. Kami takut cabaran berdiri sepanjang jalan dengan 2 anak kecil yang masih berdokong tu. Kami pun beli tiket ke Sentol... stesyen akhir komuter masa tu dengan harapan.... ada tempat duduk. Silap kami beli tiket sehala. Sampai di Stesen Sentol... kena beli tiket lain. Alamak... kena naik tangga turun tangga. (biasalah stesen komuter kan...). Dengan dua 2 mendokong anak... tak daya kami melangkah. So... kami nak buat jahat. Dalam train mana ada orang check tiket.... kami nak belasah je naik tanpa tiket. Kami pun naik lah.... Tiba di dalam train... serba salah kami menebal.... ye lah kami ni kan orang beriman... mana berani buat jahat. Kami ambil keputusan turun semula... Saya melangkah turun dulu dengan mendokong Amira. Malang... sungguh malang orang baik ni. Belum sempat suami & Amin turun... pintu keretapi tertutup. maka terpisahlah kami..... Saya, yang syarat mengandung & mendokong Amira, bersusah payah memanjat & menurun tangga membeli tiket dari Sentol - Kuala Lumpur (Nasib baik tiket K.L - S.Alam) ada bersama saya. Naik lah saya komuter... terpisah dengan suami. Suami cerita... semasa dalam komuter tu, ada yang bertanya.... 'mana mama'. Suami.... senyum je (dalam hati tergelak besar. Tuhan tahu, isterinya tertinggal komuter).

Ha.... tak tahulah... sama ada peribahasa 'buat baik berpada2' boleh di pakai atau tidak..........

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG