RAYA DI MELAKA

Salam Aidil Fitri







Selepas Isyak semalam kami bertolak ke Melaka. Asalnya nak balik tengah hari... tapi dik kerana urusan rumah tak selesai lagi.... malam baru dapat bergerak. Abang Amin & Kakak Mira abahnya dah hantar ke kampung Sungai Serdang. Tak dapat bawa mereka sekali.... Tau2 je lah muatan kereta Myvi.... tak padan dengan bilangan anak 6 ni. Asalnya rancang diorang balik naik bas.... tapi kami dapat beli tiket pergi Melaka... tiket nak balik Selangor tak dapat..... dah habis!. So... terpaksa lah mereka beraya di rumah nenek mereka.....

Tiba di Melaka... 11.00 malam.... so, apa lagi... siap2 nak tidor je lah...


Pagi2 raya pertama ni, suami, Amir & Amirul bersiap2 untuk sembahyang Raya..... mamanya .... masih pejam2 lagi... Temankan Amili & Ammar yang belum boleh dibawa sembahyang raya lagi...... kebanyakan adik beradik suami berkumpul di pagi raya ni, kecuali adik yang kat Penang, kerana tak berapa sihat.

Pukul 11.00 pagi.... mula beraya ke rumah mak sedara... ala beberapa langkah je dari rumah pak mertua ni..... seronok tengok keluarga mak sedara ni.... harmoni, meriah, mesra & ceria. Penuh dengan gurau senda & gelak ketawa..... Dan paling seronok dapat serapan pagi... soto, lontong, rendang & kueh lopis.... sedappppppp.

Kami terus tak lepas peluang menziarah sanak sedara..... sedara setahun sekali jumpa. Macam manalah kalau tak de raya.... agaknya entah berapa lama akan jumpa.... Mula dengan nenek sedara2, makcik2 sedara, pakcik2 sedara.... Yang seronoknya sedara2 sebelah suami... rumah tak berapa jauh. Sekali jalan ..... menjelang 4.00 petang kami dah dapat ziarah banyak rumah. Paling seronok anak2 le... koleksi duit raya mereka.. Bertambah dengan cepat sekali.... Alhamdullillah anak2 jenis mengerti. Dapat duit raya mereka berterima kasih. Tak dapat.... mereka tak merungut @ menyebut pun!. Hari raya pertama.... memang rezeki anak2 murah sangat.....

Malam..... alamak! macam mana dengan menu makan malam..... lapar nasi lah pulak. jengok dapur... menu ketupat jugak!. So... ajak suami cari maggi ....... Dalam pada dok meronda cari kedai runcit, nampak sebuah restoren tetap menjalankan perniagaan walau raya pertama!. Apa lagi kami pun.... singgah le. Masa keluar tadi berdua dengan suami je..... Tengok orang ramai.... saya singgah dulu untuk buat order ... mana kala suami jemput anak2 yang lain. Menu biasa di Melaka ni... Roti John, Ayam golek & nasi goreng.... ha lege untuk malam ni.....

Selamat Beraya...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH