BERAYA DI SELANGOR

Salam Aidil Fitri.....




Pukul 8.00 pagi anak2 dah dikerah bangun. Saya pun mula berkemas. Bersiap untuk bertolak balik Selangor. Menggunakan Myvi.... barang perlu di pack dengan betul agar boleh di selit2kan di sudut2, di celah.. supaya anak2 dapat berbaring selesa. Itulah keistimewaan Myvi... kerusi belakang boleh dibaringkan... so untuk perjalanan jauh, anak2 boleh tidur selesa.



Sebelum dapat balik ke Selangor.... kami sempat beraya lagi... ke rumah pakcik pula. Lepas tu kami bertolak ke Muar pula, ke rumah kakak Ipar. Hidangan istimewa di rumah kakak ni.... daging landak!. Tapi saya tak berani mencuba. Sebab.... terbayang rupa landak tu..... Makan le kari daging je.... Ha puas. Dapat makan nasi....









Pukul 3 petang bertolak balik..... bila dah kenyang & petang2 macam tu... mata pula bertentang dengan nyamannya aircond kereta... mula lah terhoyong hayang.... tahan dulu. Suami kata sampai Melaka baru le lelap. Tiba di Melaka... macam biasa cari Petronas sebagai R&R.... termasuk cari stok jajan untuk suami yang bakal memandu sendirian...... Memang pun..... mula je perjalanan..... saya dan anak2 pun.... lena... lena... lena..... Bila sedar.... oh dah sampai tol Setia Alam.... Bila celik..... ayat pertama untuk suami '.... jem ke?'. Suami kata..... 'Tak!, hanya banyak kereta, tapi perjalanan lancar'..... (lega! tak le rase bersalah biarkan suami keseorangan memandu). Kami teruskan perjalanan . Pukul 7.00 malam kami tiba di kampung Sungai Serdang. Beraya pula dengan saudara2, adik beradik, anak2 buah sebelah saya pula yang masih berkumpul di rumah nenek mereka....

Pukul 10.00 malam kami bertolak balik ke rumah saya sendiri di Meru. Rindu dengan rumah sendiri, katil sendiri..... Jumpa lagi

Selamat Beraya....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH