RUMAH KEMBALI SUNYI

La.... dah hari Ahad.... Huwah3.... sekolah... dah... Boleh gi sekolah ke.... masih mood raya ni. Hari ni kena duduk rumah je. Ingatkan anak2 supaya siapkan barang2 nak balik kat asrama..... biasalah anak2.... bila dah lama duduk rumah... mulalah slow je nak bergerak. Banyak kali nak kena ingatkan......Amir dah maklumkan dah... 'minggu depan... Insyaallah Amir balik....'. Tak puas raya lah tu....

Hari ni memang relek memanjang.... menunggu tetamu.... anak2 jiran, adik beradik datang.... menu soto je.... dah tak larat nak masak. Ala... mereka pun bergerak dari satu rumah ke satu rumah... mesti dah kenyangkan.....

Petang... anak2 balik asrama... rumah2 dah kembali sunyi...... Kerja sekolah saya pun perlu dijenguk ni..... dengar cerita saya kena bagi LADAP minggu depan ni pasal ICT.... entah apalah yang cikgu tak tahu yang perlu saya beri tahu..... Saya ni belajar ICT pun melalui Try & Error..... Ni nak nak kena bagi ceramah pulak. Kena Try & error jugaklah.... agak2 aje mana yang cikgu nak belajar...., mana yang cikgu perlukan.... siap lah korang... saya bagi assigment nanti.....

Hari ni raya k2 8. Tak puas lagi cuti. Walau pun cuti raya.... tak berapa seronok nak berjalan sangat.... anak dara saya nak ambik PMR.... so petang2 je kami berjalan. Banyak lagi saudara mara & jiran2 yang belum ziarah....

Ok. Selamat Beraya....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH