AMMAR & PUASA

Semalam hari pertama dia sekolah sempena bulan puasa. Tadika dah maklumkan, sempena bulan puasa makanan tidak disediakan untuk mendidik anak2 berpuasa. Lagi pun, mungkin ada budak2 yang berpuasa, kesianlah dia kena tengok budak2 lain makan....

Ammar hafal doa puasa... tapi dia tak faham lagi apa itu puasa. Jadi saya pun tak beratkan dia untuk berpuasa. Semua anak2 saya wajibkan puasa masa di darjah 1. Oleh kerana tidak puasa, saya bekalkan lah dia nugget. Rupa2nya.... dia malu nak makan sebab orang lain puasa. Dia cerita, dia dan kawan menyorok bawah meja.... untuk makan & minum. Malu dengan mualimmah dia. Sian. Sampai macam tu sekali...


Pagi tadi saya bekalkan juga nuget & air. Takut dia lapar. Tapi, pukul 3.30 petang (sebenarnya diaorang balik pukul 1.00 ptg, tapi saya terlewat sebab pergi SPA punya hal... Sian diaorang)..... pukul 3.30 petang tu lah dia baru makan naget... itu pun dalam kereta. Dia tak nak makan di Tadika depan kawan2, depan Mualimmah.... Kalau pukul 3.30 petang baru dapat makan... maksudnya dia boleh tahan puasa sebenarnya kan?...


Di rumah... mencarilah dia apa yang boleh dimakan.... Jumpa dia air kotak beku. (Dia yang simpan kat tempat dingin beku). Apalagi.... dia suruh saya kerjakan air kotak tulah... Ammar kata 'ma, potong air kotak ni, keluarkan air yang beku... macam abang buat masa kat rumah cikgu Wazir. Abang yang pakai baju purple & muka dia warna coklat'. Termenung saya memikirkannya. Ni sapa yang ajar Ammar ni.... puas saya fikir sapa dia... 'Abang pakai baju purple & mukanya warna coklat'. Sapa tu Zir?. Penin2!. Moralnya ... budak kecil memang kuat memorinya.... & dia juga belajar dengan cara peniruan....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG