BERLARI KE GARISAN PENAMAT

Hari ni saya menulis kembali kerana saya merasai kehadiran saya dirasai, muncul saya disedari, tiba saya dinanti.
Terima kasih orang2 yang menyanyangi ku.

Terima kasih suamiku tercinta, Terima kasih mak, Terima kasih anak2 ku sayang, Terima kasih Wakjir & Ati, Terima kasih Yan, Terima kasih Kak Sakila, Terima kasih Che Ana, Terima kasih Roszana, Terima kasih Cikgu Hanafi, Terima kasih Cikgu Asliza, Terima kasih anak2 murid disayang, Terima kasih anak2 buah ku, Terima kasih pembaca2 blog, Terima kasih semua...



Kita semua akan terus berlari... melaksanakan tanggungjawab kita, menyudahkan amanah kita. Tanggung jawab dan amanah sebagai murid, sebagai anak, sebagai pasangan hidup, sebagai orang tua, sebagai sahabat, sebagai ahli masyarakat, sebagai warga negara dan sebagai hambaNya.



Kita sama-sama belajar...
Kita belajar daripada kisah Nabi & sahabat
Kita belajar daripada kitab
Kita belajar daripada pengalaman hidup kita.
Kita belajar daripada kesilapan.
Kita belajar daripada apa yang kita perhatikan
Kita belajar daripada apa yang kita impikan
Kita belajar daripada orang lain.
Kita belajar daripada orang yang lebih muda.
Kita belajar daripada orang yang lebih berusia.
Kita belajar daripada pemimpin.
Kita belajar daripada orang yang dipimpin.
Kita belajar daripada guru.
Kita belajar daripada murid.
Kita belajar daripada buku
Kita belajar daripada laman web (he3 masuk jugak tu..)
Kita belajar daripada musuh kita.
Kita belajar daripada sahabat.
Kita belajar daripada setiap ruang & peluang yang ada.
Kerana kita nak sama2 jadi lebih baik dari yang lalu... Kita nak ketenangan.
Kita nak bahagia....



Kita hargai apa yang Allah SWT dah kurniakan kepada kita....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH