HARI KE 22 - DAH TAK DA APA2 ....

Salam Ramadhan..

raya dah semakin menghampiri... kami ni macam tak raya je. Macam dah tak de apa-apa yang nak dibuat. Releks je... melayan hati... melayan perasaan... melayan malas.

Hari ni suami buat permintaan….. masakkan laksa Johor….. Berbunyi jugalah mulut ni… bukan tak nak masak… tapi nak masak laksa Johor ni cerewet sikit. Banyak bahan yang diperlukan….. dari ikan, udang kering, ikan masin, cili kering, rempah, kunyit, halia, serai, lengkuas, bunga kantan, santan, kerisik…… hinggalah ke sambal belacan & ulam2. Banyak bahan tu mana ada kat rumah… dah lama tak masak yang cerewet2 macam tu…. Kalau untuk 3 orang makan….. bahan2 yang dibeli tu akan berlebihan… ialah kalau seketul besar lengkuas….. begitu juga dengan kunyit hidup & halia, bukan guna semua… yang lebih tu… biasanya lama2 kering & terpaksa dibakul sampahkan…..

Nak kata tak nak masak pun tak boleh jugak. Suami kita…. Sebenarnya.. bukan baru ni je dia sebut teringin nak makan.. tapi….. dah sekian lamanya…. Cuma isterinya ni je buat2 tak sempat….. he3. So cakap kat suami… kalau nak laksa Johor…dia kena cari bahan2 nak masaknya le…. Saya macam biasalah….. guna alasan tak de pembantu untuk malas nak ikut shopping tu…. susah shopping bawa 2 budak kecik tu…. . So prin je bahan2 dari internet… & suami pergi carinya… hu! Mengeluh juga suami…. Susah nak kumpulkan semua bahan2 tu. Tak cukup Tesco… kedai runcit pun dia pergi…. Ha2… bila sibuk melengkapkan bahan2 yang perlu…. Dia tiba di rumah menghampiri pukul 6….. dengan sendirinya dia kata…. ‘tak sempat nak masak kut…. Abang beli makanan ye….’. He2 selamat…. & menu petang ni…. Laksam untuk saya & Amirul. Nasi tomato untuk suami & 2 anak kecik tu…..

Selamat Berbuka

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH