HARI KE 12 - WOMEN BEAUTY

Salam Ramadhan....

Terjaga hampir 12.30 malam dek rengekan Amili yang tak berhenti kerana demam. So... tak dapat teruskan tidur. Langsung bangun & buka blog lah jawapnya.... kot2 ada mesej daripada kawan2... . Terharu dengan mesej dari sahabat baik.. cikgu Wazir. Tinggi betul penghargaannya. Saya hanya menjadi sahabat baik nye. Seperti yang saya tuliskan.... semua perancangan Allah swt. Kita sama2 saling belajar & tunjuk ajar. Macam biasa... lah bila malam yang sunyi.... saya ada idea untuk mengayat... maka, berblog lah saya...

Selesai dengan blog, saya mengemas rumah, membasuh pakaian (mesin basuh tak baik lagi) & memasak sahur. Sebenarnya badan memang tak sehat, lemah & lesu. Tapi saya paksakan diri untuk melakukannya, dengan harapan saya boleh berpeluh, bertenaga & rasa sihat.

Pukul 4.00 pagi... setelah clear semua, saya pun merehatkan diri yang memang tak sihat tu. Entahlah dah 4 hari rasanya badan ni sakit2 & lemah. Tak daya. Pukul 5.10 pagi, mula mengidang untuk sahur. Lepas tu saya baring lagi.... oh.. tak sukanyn dengan keadaan begini.... yang tak sehat ni. Memang tak berdaya. So, saya mohon CRK pada boss no 1 SKI. Untuk anak2 3RK & 3K saya mesejkan pada Wakjir untuk bantu beri mereka Bahan Gerak Minda. Tak pastilah Wakjir dapat mesej tu sebab dia tak beri apa2 balasan. Maaf ye anak2... cikgu memang rasa tak berdaya sangat... Cikgu mengaku, dah selalu sangat cikgu cuti. Harap2 kali ni last. Cikgu nak fokus kepada kamu semua untuk menghadapi PMR yang tak lama lagi tu....

Walau bercuti... saya cuba juga menyiapkan kerja2 sekolah yang saya masih berhutang. Tapi tak boleh duduk lama... tak daya. Rasa demam. Terpaksa berehat je... Pukul 12.00 saya bangkit & berkata sendiri, 'saya tak boleh terus begini'. Saya terus bersiap & memandu... cari SPA (Bukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ye..). Saya cari SPA ....Women Beauty .... untuk dapatkan perkhidmatan urut. Nak cari tukang urut traditional takut bulan puasa ni tak ada perkhidmatan. Bila diurut.... memanglah sedap. Layu je mata... Tak cukup urut.... buat 'scrap' pulak... habis disentalnya daki2..... he3. Selesai tu... mandi rempah pulak. Saya betul2 nak sihat. Saya nak cergas. Saya nak lunaskan semua kerja, tanggungjawab & amanah.

Tapi.... masa kat SPA tu je rasa sihat sebab kita sedang memanjakan badan kita. Tiba di rumah.... call suami... 'rasa tak ok le... mungkin ma kena cari tukang urut bersalin. Takut peranakan dah masuk angin. Tu yang buat tak sihat je...'. Suami kata.... 'rugi je gi SPA'. Tapi isterinya ni cantas... 'tapi badan wangi.... sakit badan pun tak nak letak koyok, harap2 wanginya sampai ke malam (malam suami baru balik sebab dia buka & terawih di ofis)... tapi setakat cium bau & peluk je lah....' he3. Itulah... saya dah berusaha... ubat, koyok, urut.... badan masih macam ni.... Mungkin kena kontek Yan pula untuk khidmat urut kot!....

Petang dapat mesej dari dak Ajakzs dari Jakarta... Terharu, ingat dia kat orang Malaysia ni. Yang tak bestnya... ade ke dia kata... ' kirim ape?. Nak kari otak sapi @ belut goreng?. Eshh... Ajakzs ni nak kena ni... saje je nak munculkan kembali, kenangan yang dah ditinggalkan di Bandung tu... Tak de ke benda lain yang boleh bagi kami ni cerdik sikit....bukan makan makin... bo!.... Ala tau Jak... kau saje nak bagi tau kau tu sekarang kat overseakan.......'

Berbuka?. Alamak, abahnya ada majlis buka di ofis tinggal Amirul je yang berbuka malam ni... . Suami call, risau kita orang ni ada masalah nak dapatkan stok makanan untuk berbuka.... Apa susah. Mc D dekat je.... pukul 5.30 ptg ni, keluar ambil Amili... beli sekali... sebab kalau dekat magrib.... Jem kat MC D tu... orang sekarang standard. Berbuka di Mc D. Termasuklah Cikgu Mazlan kita tu.... Saya hanya beli menu tertentu je... lain2 goreng & tambah sendiri. Jimat....

Selamat Berbuka!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG