HARI KE 14 - TAUTAN KASIH

Salam Ramadhan....

Mesej daripada Kak La.... 'macam mana cara masak kuah soto'.... dia baik demam. Ngidam makanan yang tak de kat Kelantan.... Cara saya.... caranya.... saya main campak2 je... ayam, lada sula, halia, lengkuas, rempah sop bonjot, bunga lawang, kayu manis & bunga lawang... Ingat! kena campak2 je.... & rahsia nak bagi sedap.... 'masak dengan kasih sayang...' gerenti sedapnya... Selamat mencuba Kak La....

Mesej Kak La seterusnya.... 'awak ok ke?. Kak La selalu ikut perkembangan awak melalui blog'. Saya membalasnya ' Jap ok, Jap tak ok. Tapi yang bestnya, makin berusia, makin intim. Nak contohi K.La & abang Amran'. Sememangnya mereka memang 'very loving couple'. Saya mencontohi mereka. Kak La meneruskan... 'Baguslah begitu... itulah kekuatan kita...itulah kehidupan....itulah surga kita.' Saya membelasnya 'Betul lah Kak Lah. Kebahagian dalam rumah tangga satu anugerah yang patut kita syukuri. Kebahagian dengan kawan2 satu kelebihan, satu rahmat. Kebahagiaan dengan kerjaya satu bonus. Kita dapatkan, kekalkan & panjangkan. Semoga kita sama2 bahagia. Walau jauh, Kak Lah tetap di hati. Sms diakhiri dari Kak La.. 'Kak La pun sama. Awak tetap di hati sampai bila2'.

Sebaknya hati, hanya Tuhan yang tahu.... sesungguhnya sahabat ... tautan kasih yang merupakan satu anugerah. Satu Rahmat. Syukurinya...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH