HARI KE 16 - KEBAHAGIAN DIRI BERMULA DARI RUMAH

Salam Ramadhan

Hari ni betul tak produktif.... Lepas subuh melenakan diri hingga matahari dah naik tinggi. Hujung minggu, memang rehat betul2. Nak keluar pun... pitih dah susut sangat. Lagilah pulak dengan sikecik 2 orang.... heeeee... malasnya, puasa2 ni nak layan kerenah diorang bila dibawa keluar. So ambil keputusan memanjakan diri sambil bersenda dengan suami & anak2.....Kebahagian diri bermula dari rumah....

Awal tengahari... Amir telefon... beritau, kalau jenguk diaorang kat asrama, dia kirim air kotak susu.... Amira pulak nak outing... katanya ada barang yang dia perlukan... ha, bab ni abanhnya lah yang layan.... menjemput Amira & bawa dia mencari keperluannya....

Saya pun... apa lagi, macam biasa mengadap komputer & terus memanjakan diri. Bila petang... rasa bosanlah pulak terperap je kat rumah. Ajak suami ke Tesco. Cari makanan untuk bekal anak di asrama. Tambahan pula..... konon nak cari bahan nak buat nasi beriani. Dah jemu makan nasi putih je. Ewah!. Tapi tak sempat. Capai je mana yang sempat. Nak cepat. Suami nak hantar Amira balik asrama.

Bila tak sempat menu nasi beriani.... bagi tahu suami.... nak makan, orang lain masak lah. Jemu masakan sendiri.... Tapi pikir2 semula.... lepas hantar Amira... suami tak sempat kot.... takut habis. Jadi....... tukar fikiran. Masak sendiri. Nasi putih, ikan singgan, sayur meranti cicah budu & udang goreng tepung. Ingat nak goreng karipap (karipap Tesco je).... tapi baru je sekejap tadi dik Yan hantar kuih tako.... . Terima kasih dik Yan...

Wak.... buka apa hari ni?. Tahu.... mee Jawa Kuah tempah kat Bukit Kerayung ye... Hari ni Wak berkumpul berbuka bersama seluruh ahli keluarganya. Pak, Mak, adik beradik & anak2 buah. Selamat Berbuka Wakjier. Kebahagian diri... bermula dari rumah.... bina, semai, baja, pupuk & kekalkan......

Selamat berbuka....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH