HARI KE 19 - HADIAH BERMAKNA

Salam Ramadhan

Hari ni hari ulang tahun kelahiran ku....
Hari ini memang hari yang ku tunggu.... kerana tarikh 09/09/09 rasanya takkan ku jumpa lagi....
Orang2 cina ramai menjadikan hari ini sebagai tarikh perkahwinan kerana menganggap angka 09/09/09 bermaksud 'panjang umur'.

Apapun maksudnya, aku nak isi hari ini dengan sesuatu yang bermakna dalam hidup ku...... Lebih2 lagi bila aku ingat tahun ini aku berada saat2 paling bahagia.... dikelilingi orang2 yang menyayangi ku...... Aku nak merasai kegembiraan, kebahagian di sisi orang2 yang aku sayang, yang sayang kan aku. Aku harap orang yang aku sayang memberi ruang untuk aku merasa bahagia mungkin lebih dari hari2 biasa yang lain.... Aku harap orang2 yang aku sayang juga tahu.... hari ini adalah hari yang bermakna dalam hidup ku.... justeru memahami apa yang aku harapkan dari mereka...

Tak bolehkan aku bahagia.... Tak berhakkah aku untuk merasai kebahagian pada hari ulang tahun kelahiranku...

Tak payahlah beri aku wang ringgit... tak payahlah beri aku hadiah yang berharga.... Memadailah beri aku rasa bahagia kerana dapat merasai kasih sayang kalian, kasih sayang sejati dari lubuk hati kalian.... Ucapan2 sayang, ucapan2 selamat yang dilahirkan sangat bermakna buat diriku..... Rupanya... Sayang tu kena ditunjukkan... sayang tu kena diucapkan.... kerana ia sangat bermakna pada orang yang kita sayang.... sangat bermakna pada orang yang sangat sayangkan kita... Ibarat air yang menyirami tanah gersang.... ia sangat menyegarkan..... mampu memberi semangat yang luar biasa.... mampu mengubah duka menjadi ceria.... mampu mengubah lemah kepada semangat..... Dan.... menjadikan kasih sayang itu sendiri terus subur... terus segar dan tidak gersang, mati. Begitu besarnya kuasa kasih sayang.

Terima kasih kepada semua yang menyayangi ku.... Terima kasih atas hadiah bermakna yang telah kalian berikan.... Terima kasih kerana telah memberi erti pada hari yang bermakna dalam hidupku, hari ulang tahun kelahiran ku.... Terima kasih kerana aku kini lebih tahu, lebih kenal diri mu.....

Terima kasih semua.... Semoga Ramadhan ini dapat ku lalui dengan lebih bermakna......

p/s utk diriku: Kita jangan terlalu mengharap kerana mengharap tidak pasti tertunai. Tetapi kita boleh..bersabar kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH