HARI KE 23 - TANPA CERITA

Salam Ramadhan..

Hari ni tanpa cerita.. masing sibuk dengan tumpuan kerja masing. Kami ni macam tak raye.... saya masih asyek ngadap komputer. Suami.... ada le tolong2 kemas rumah... basuh & pasang semula langsir. Tu je... yang lain same je... tak de yang berubah... Macam tak nak raye je....

Hah! tak habis cerita pasal laksa Johor ni….
Dek kerana…. Suami dah beli bahannya semalam so malam tadi…. Saya pun terus masak kuahnya….. kalau dah banyak jenis bahannya… bila dicampur semua jadi banyak le… kuahnya. So… macam biasa le… kuahnya saya bahagi dua …. Sebahagian untuk menu hari ini dan sebahagian lagi simpan dalam dingin beku…..

Kalau lihat bahan2 untuk laksa Johor… sebahagian besarnya….. digunakan untuk masak rendang…… So, saya yang cerdek ni…. Tumislah semua bahan untuk masak rending tu….. dan simpan dalam tempat dingin beku…. Nanti bila perlukan saya hanya perlu tambah ayak atau daging je…. Ala…. Makan makanan yang dah didingin beku kan dah jadi budaya orang2 sekarang…. Saya hanya praktikkan untuk jimat masa & tidak membazir bahan2 lebihan masak laksa Johor tu…..

So… menu hari ni Laksa Johor. Tapi dek kerana hari ni hari Ahad…. Muncul pula rasa boring terperuk 2 hari di rumah. Ajak le suami ronda petang2. Ikut dia pergi isi gas kereta, jumpa Zai…. Sebab dia nak bagi duit untuk tukar raya… ha.. dah bergerak tu…. Mulalah kemukakan keinginan… nak ayam golek & tau fu fa….sebagai tambahan menu….

Selamat berbuka…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH