AMMAR & AMILI LAGI....

Malam selepas terawikh… ajak suami pergi Carefour… kenalah bawa 2 budak kecik tu. Amirul lebih suka tinggal sorang2 di rumah…
Sebelum pergi… dah warning awal kat budak kecik 2orang tu… ‘jangan gaduh2. Kalau gaduh lain kali jangan ikut & mama akan tinggalkan di tepi jalan’. Mengangguklah kedua2 anak tu tanda setuju…..

Semasa perjalanan …. Si Ammar bukalah bonet belakang Myvi dari dalam kereta…. Dan dia pun masuk ke bahagian bonet tu….. bila dia masuk…. Mungkin Amili telah tertolak kerusi belakang tu…. & terkurunglah Ammar dalam bonet tu….. Ha apa lagi… merayu2 lah dia … ‘ma tolong bukak….’ Abah tolong bukak….’. Tapi kami buat tak tau je… Amili manalah reti nak buka kerusi belakang tu….. . Saya tanya suami…’Ammar boleh bernafas tak kat belakang tu….’. Sebenarnya kami kecut perut juga… takutlah apa2 terjadi… bila dia bising kami lega…. Bila dia senyap…. Saya & suami pandang memandang lah takut ….. ‘tut’ tak nak sebut. Ammar siap pesan… bila dah sampai… ‘abah jangan lupa buka bonet belakang tau…’. Bila kereta beluk ke Carfour… Ammar macam tahu je dah nak sampai…. So merayu le dia jangan tinggalkan dia… Saya pun menyakatlah…. ‘tinggal Ammar’. Apalagi meraunglah dia…. Rasanya peristiwa tu jadi pengajaran berguna pada Ammar….

Time shopping…… diaorang ni yang memang jarang dibawa…. Macam rasa seronok sangat…. Rasa seronok sangat dapat ‘melancung’ ke Carefour. Berlari2 ke sana sini.... Macam beru terlepas dari kurungan. Ammar ….. nampaknya dia faham & ingat2 pesanan2 sebelum pergi tadi… tapi Amili….. le yang tak ingat langsung apa yang dia janji ….. tak pe lah … dia belum faham lagi…. Nasib baiklah Ammar dah pandai bertolak ansur dan kadang2 memujuk adiknya…..

Ammar & Amili…. Cahaya mata kami…. Walau pun banyak kerenahnya…. Tapi kehadiran diaorang menceriakan suasana & menghiburkan… Semoga jadi anak2 soleh & solehan….

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH