HARI KE 27 - SEDIH... TAK DAPAT RAYA BERSAMA...

Salam Ramadhan

Hari persekolahan hari ni di akhiri dengan bersalaman dengan warga guru & staf dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATHIN.... rasa sayu pula nak meninggalkan Ramadhan... rasanya banyak lagi harapan keinginan di bulan Ramadhan tak terlaksana.....

Lepas sekolah.. menuju ke asrama SMI Hira Jeram menjemput anak2..... Dalam perjalanan sempat membawa khabar berita tak menyeronokkan kepada 2 orang anak yang besar, Amin & Amira..... kami tak dapat bawa diorang balik bersama beraya di Melaka, tiket bas tak de. Mereka kena beraya di Kampung Nenek mereka di Sungai Serdang..... diaorang jawab.... 'tak kesah....'. Anak2 memang tak rapat dengan keluarga sebelah abahnya di Melaka... jarang jumpa. Diorang rapat dengan sepupu2 sebelah mamanya.... so diorang tak kesah sangat tak dapat balik Melaka.... rumah nenek lagi seronok agaknya.... Sian & sedih... tahun ni kami tak dapat beraya bersama... insyaallah... Exora dalam perancangan... he3. Tunggu anak sulung kami, Abang Amin dapat lesen tahun depan..... boleh lah kami berangan jadi bos... duduk belakang....

Bila anak2 dah ada semua.... ramai yang akan berbuka.... barulah seronok sikit nak masak... menu hari ni.... soto, makanan kegemaran anak... di samping kuih karipap, nuget & sotong ball..... beres 1 hari lagi puasa....

Selamat Bersahur...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH