PENIN

Salam Aidil Fitri

Pagi.... alahai... susahnya nak bangun pagi. Namanya je tidur dari magrib hingga ke 6.00 pagi. Tapi bukannya lena.

Sedang tidur tu dapat mesej... dari kawan.... Zaurah minta tolong download lagu 'Budi Bahasa'. tapi tak larat nak bangun.....

Cuba sambung tidur lagi..
Kemudian mesej dari suami ....' Tengah meeting. Tadi ada gempa bumi kuat kat Indon. Bangunan ni (ofis dialah), goyang kuat. Ni bos panggil semua datang, nak inspect bangunan. Rasanya sampai tengah malam kat sini....'. Aduhai... waktu isterinya tak sihat ni le... suami kena balik lambat.....

Cuba sambung tidur lagi....
terdengar pula tangisan Adik Amili.... tadi dia tidur... terjaga.... 'menangis dan memanggil nama abah. Dengar dia jenguk bilik mamanya.... tapi bila nampak mamanya macam tidur.... dia pun tutup semula.

Cuba tidur semula.....
Kejap2 Mili buka & tutup pintu.... kadang2 terdengar dia menyanyi2.... dia bosanlah tu tak de kawan. Abah belum balik..... Abang Mirul... mana nak layan adiknya.... Abang Ammar dah lama tidur sebelah saya...Sian Mili. Maafkan mama... tak larat sangat...

Cuba tidur semula....
Amili datang semula....'mama nak susu.. abang Yul tak nak buat.'. Amili lapar lah tu..... Aduh... mama tak larat nak bangun.... Mamanya ni apa lagi lah... jerit je kat Mirul.... suruh buat susu adik

Cuba tidur lagi...
Amili datang semula....' mama nak susu lagi...' Mamanya pun jerit lagi dari dalam bilik....' Amirul buat susu adik....'

Cuba tidur lagi....
Entah pukul berapa..... terjaga lagi.... terasa suami ku memeluk.....

Cuba tidur lagi...
Terdengar pula Ammmar masuk....'abah nak susu.....'

Aduhai....
Terjaga pukul 6.00 pagi... berat nya nak bangun..... Bisik kat suami....'Tak sihat lah'. Suami tanya 'MC ke...' saya jawab 'Tak lah.... segan asyik MC je ... lagi pun sian budak2 nak PMR'.

Tahniah buat diriku.... berjaya pergi sekolah.... seronok pula ngajor hari ni... Kelas 3J, 3C, 3E, 3K.... semua beri perhatian & kerjasama yang baik ... dah insaf kot!. Kalau sepanjang tahun macam ni kan bagus..... Terutama kelas 3E... Saya cakap dengan diaorang.... 'setahun saya mengajor kamu.... ni lah satu hari saya rasa puas hati dengan kamu... semua beri perhatian....'. Alhamdullilah... walau cuma sehari.... sekurang2nya berjaya juga saya menarik perhatian mereka semua sekali.....

Pukul 11.30... saya rasa tak larat dah... semputpun macam nak mari..... So, minta izin nak ke klinik... dapatlah rehat sikit.... Esok nak ke sekolah lagi.... Tinggal 2 hari je nak jumpa anak2 PMR....

Setelah ke klinik..... telan ubat & harapan dapat tidur sekejap.... Ala bukan boleh tidur... fikiran menerawang.... badan pula rasa bergetar.... overdos lah tu...

Bila jam tunjuk kul 3,00 petang... kena ambik anak pulak..... lepas tu kena siapkan makan diaorang pula.... Ammar macam biasa order 'telor ancur & kicap'. Sementera nak menunggu masa mengambil Amili.... gagahkan menulis blog ni.... ok selesai... nak kleuar ambik Amili pulak...

Selamat beraya lagi..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH