Pada 6/3/09 Sukan Tahunan sekolah. Sukan sekolah, mana-mana pun, acaranya sama je dan yang pasti ada rumah sukan. Saya rumah kuning. Nama 'glamour' rumah kuning - Satria. Moto : 'Kuning Menang, Kuning Juara'. Tugas saya, 'Ketua Menghias Khemah'. Tema hiasan khemah tahun ni ' Alam Semula Jadi' . Susah juga nak cari objek-objek semula jadi warna kuning untuk dijadikan hiasan. Tapi.... ikhtiar juga ..... Maka mulalah membuat persiapan ... burung kuning, lebah kuning, rama-rama kuning, monyet kuning, bunga kertas kuning, bunga matahari kuning, ... sampai cawan pun kuning. Tak cukup lagi tu ... saya menerima arahan untuk balik kampung cari pelepah kelapa, mancung kelapa, bunga manggar kelapa dan kelapa muda ( yang ni untuk orang yang arah lah...). Penuh tempat duduk belakang dan bonet MYVI dengan hasil kelapa. Malam menjelang sukan, berkampunglah kami di rumah cikgu Wazir membuat persiapan akhir. Dari depan ke belakang, penuh dengan barang-barang rumah kuning...
Copypaste dari group whatsapp Ada satu pasangan muda yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan perumahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian. "Cuciannya kurang bersih ya bang," kata si isteri. "Dia ni tentu tak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih elok." Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apa-apa. Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaian. Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul-betul bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya, "abang, tengok jiran kita ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam sebelum ni, siapa agaknya yang ajar dia cara yang betul untuk membasuh pakaian?" Sang suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita."...
5/5.... kaki melangkah lagi ke sekolah.... dengan doa: Ya Allah berilah aku kekuatan mental fizikal untuk meneruskan hidupku. Bantulah aku untuk jadi lebih baik dari sebelum ini. Ya...sebelum ini aku banyak berkira-kira untuk pencen awal . Entahlah.... banyak betul yang menyebabkan semangatku merudum. Mungkin terlalu lama berada dalam situasi yang sama telah menjemput rasa bosan. Ada kawan yang mencadangkan agar aku pindah sekolah untuk dapatkan suasana baru, yang mungkin boleh membantu ku menyemarakkan kembali semangat ku. Entahlah..... Apakah tempat kerja yang menjadi masalahnya...... Wal hal kalau nak dihitung, memang tak terkira nikmat yang Allah beri pada ku di sini. Sekolah tempat ku bekerja, dekat sahaja..... dalam masa 2 minit dah boleh sampai. Pentadbirannya pula sangat baik dan selalu bertolak ansur. Memanglah ada kala keputusan mereka ada yang tidak serasi dengan ku. Tapi seperti kata- kata PK pentadbirannya.... antara lain, 'cikgu melihat...
Ulasan
Catat Ulasan