5'S'

Salam 30 syawal...

Ha... hari ni masih bulan raya lagi..... Tapi, tak de baraan lagi lah. Bersedia nak sekolah esok. Bangun pagi dengan liatnya.... Suami say 'goog bye'.... nak pergi kerja... pada isteri yang masih tergolek dikatil. Amirul & Ammar sekolah. Amira... lepas PMR, merayu nak poteng sekolah seminggu. La ni mak & paknya yang pening mikir apa alasan nak bagi kat cikgunya.....

Teringat ajakan Wakjir, main futsal kat Kg. Sungai Serdang..... Ye lah diakan dah kurus, jadi dia pun nak pastikan saya pun kurus jugak lah tu.... tu yang dia suruh saya main futsal , pecah lemak.....Oyalah.... Tak dapat join lah, takut kurus & ramping.... he3.

Sebenarnya, target hari ni nak buat 5'S' meja saya di bilik guru. Nak nampak suasana raya gitu.... (kan saya raya sampai cuti sekolah nanti.... Cikgu tingkatan 3 katakan....).Sebelum ke sekolah, ingat nak hantar Amili ke rumah pengasuh... rupanya rumahnya tutup. So tak de can... nak melepaskan diri daripada mengasuh anak seketika..... Kenalah bawa dia sekali.... Amira saya ajak sebagai teman... tak berani sorang2 kat bilik guru....

Sebelum tu singgah ke Tesco dulu.... cari beberapa barang nak ganti barang di atas meja .... dah bosan yang lama. Semangat nak buat 5 'S'. So, dengan semangatnya saya 'sapu bersih'.... semua saya buang. Saya pejam mate je..... tak nak sayang2. Hasilnya.... nampak agak 'clear' juga lah tempat saya.... Adalah 5 plastik sampah yang saya buang (tapi setiap plastik... diisi separuh je.... takut tak kuat angkat....) Semua saya angkut masuk kereta..... bawa balik & buang. Faham2 jelah kenapa kena buang dalam tong sampah besar....

Hasilnya.... Esok pagi korang mesti melopong tengok meja KB. 'Clear'. Dan ada jambangan bunga yang disponser pulak tu.... Lepas ni korang kena 5'S' juga... ye... Kalau 'SEMPAT', 'SINGGAH' kan meja akak, 'SAPU' makanan yang ada kat meja dan 'SIMPAN' semua bekas kat 'SARANG'nya..... Ala... boleh makan2 lagi kat meja akak.... tapi lepas tu kemaslah balik... Untuk sebulan ni, akak kan raya sebab PMR dan abis.... bagilah akak raya meja... macam meja raya... he3.

Ok le.... jumpa lagi sok.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH