ANAKKU OH ANAKKU

salam Syawal

Hati sebenarnya risau dengan permintaan anak dara saya.... Amira... 'tak nak sekolah HIRA.... sekolah mana2lah asalkan bukan sekolah tu....'. Terkedu saya dengan permintaannnya..... tak tahu nak buat keputusan. Bagi saya.... saya bersyukur sangat anak saya sekolah di situ.... Alhamdullillah perkembangan sahsiah, agama & akademik jalan seiring.... kalau anak saya baik.... saya rasa sekolah tu yang banyak berjasa kerana didikannya...... saya dan suami tak mampu nak bagi mendidik & bagi contoh yang baik kepada anak2. Saya tak pernah terpikir pun, anak saya akan buat permintaan begitu. Saya tak tahu apa masalahnya.... Ini lah antara cubaan yang ibubapa bila anak2 dah remaja.....

Buat anak mama... Amira....
SM Hira adalah paling sesuai dengan anak2 mama..... mama nampak banyak perkembangan positif dalam diri anak2. Mama nak anak mama berjaya hidup. Ceburi apa saja bidang kerjaya...... jadilah apa sahaja..... tetapi...... mesti yang beriman. Mama tak nampak sekolah lain yang sesuai untuk anak2 mama..... Selepas PMR.... mama harap anak2 mama masuk tahfiz sebagai pendiding diri..... Mama tak mampu nak jaga anak2 mama sepanjang masa. Tiba ketikanya .... mama kena lepaskan anak2 untuk jalani kehidupan masing2 ...... Itulah bekal yang mama nak tinggalkan untuk anak2.

Buat anak2....
Mama sayang semua anak2 mama.... Amin, Amira, Amir, Amirul, Ammar & Amili......
Buatlah setakat yang mampu..... Cuba yang terbaik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG